"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerja “Tak Senonoh” Kementerian Pertahanan

laniismaa
clothes that poke eye
Bagi yang tidak berpengetahuan dalam bahasa Inggeris akan menggunakan akan menggunakan perkhidmatan Google Translate untuk menterjemah apa yang tidak difahami mereka. Hanya 'copy' dan 'paste' mengikut bahasa yang diinginkan. Kita akan dapat memahami walaupun tidak sepenuhnya.

Mereka yang kurang berkemahiran dalam Inggeris akan terasa segan dan silu untuk menggunakan artikel bahasa Inggeris hasil terjemahan Google Translate ke dalam blog mereka. Ini kerana mereka tahu terjemahan 'kacau' untuk digunakan sepenuhnya. Untuk memahami artikel Inggeris boleh diterima, untuk digunakan di blog, ia akan boleh menjatuhkan reputasi blog berkenaan.

Namun Kementerian Pertahanan boleh melakukannya tanpa segan silu melalui keterangan “Etika Berpakaian” yang mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kementerian pertahanan (Mindef). Mereka yang melakukan tugas itu seronok dan copy, paste dan paparkan di laman web rasmi Mindef. Cepat dan tak betul, cara kerja baru warga Mindef. Sepatutnya pelakunya dikenakan tindakan kerana memalukan Kementerian Pertahanan.
Zahid Hamidi
Kalau Nik Aziz berkata "tak senonoh" kepada Hasan Ali. Ini adalah salah satu kerja tak senonoh Kementerian Pertahanan. Bahkan ia menjadi bahan lawak The Wall Street Journal. Komuniti internet dalam rangkaian sosial menyatakan ROFL yang merupakan perkataan siber bagi menunjukkan reaksi seolah-olah “ketawa berguling-guling di atas lantai” apabila mereka berkongsi pautan kod berpakaian kakitangan kementerian itu terjemahan Bahasa Inggeris di laman rasminya.

Di antara lawak Mindef;
menjolok mata-clothes that poke eye
baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang-collared shirts and tight Malay civet berbutang three
baju batik lengan panjang berkolar/cekak musang buatan Malaysia-long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia
kasut bertutup-shine close

Untuk terjemahan, otak komputer tak secantik otak manusia sebenarnya. Namun Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan ingin menjadikan warga Mindef berotak komputer. Selepas itu dia menyalahkan Google Translate kerana ianya percuma!!
Mindef

Tiada ulasan: