"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tersingkirnya Hasan Ali

Fathi Aris Omar

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali
Ibarat duri dalam daging PAS, Hasan Ali akhirnya terpaksa dibuang setelah tidak berganjak daripada terus mencucuk-cucuk parti dan Pakatan Rakyat.Dengan keputusan berani dan menggemparkan itu, PAS dijangka tidak akan berundur lagi walaupun anggota exco kerajaan Selangor itu boleh merayu kepada majlis syura.


Keputusan kali ini, biarpun bagi sesetengah orang sudah terlambat, kelihatan sudah muktamad.

Majlis syura yang disertai barisan teratas pemimpin parti dan beberapa tokoh ulama dikatakan berat hati untuk merombak kembali keputusan semalam.

Menurut sumber parti, walaupun ahli-ahli jawatankuasa mencadangkan ADUN Gombak Setia itu sekadar digantung keahliannya, pucuk pimpinan atasan PAS bertegas inginkan beliau dipecat.

Malah mereka yang menyokongnya, dan bersimpati dengannya, sendiri bersedia menerima saranan agar tindakan disiplin dikenakan kepada bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu.

Mereka setidak-tidaknya boleh menerima cadangan menggantung keahlian Hasan.

Rancakkan pendedahan blog

azlan
Dan, menurut sumber lagi, kesan negatif terhadap parti akibat pemecatan ini tidaklah besar dan akan boleh dikawal.


Namun, tugasan mengawal publisiti buruk itu tidaklah mudah apabila media arus perdana mengeksploitasi isu ini nanti.

Apatah lagi masih ada saki-baki penyokong Hasan dalam parti yang membangunkan blog-blog untuk menyerang pihak-pihak tertentu dalam PAS. Pemecatan ini pastilah merancakkan lagi pendedahan blog-blog tersebut.

Keputusan ini juga, di satu sisi lain, menunjukkan PAS sudah bersedia
mengambil risiko tersebut -- membenarkan telahan politik sebelum ini bahawa parti memang merancang membuang duri dalam daging tersebut menjelang pilihan raya umum.

Pemecatan ini turut menyelesaikan dua masalah sekali gus: bukan sahaja membuang duri dalam parti tetapi juga nanah dalam barisan kepemimpinan kerajaan Selangor.

Keputusan ini tentunya melegakan PAS dan menggembirakan beberapa pihak dalam Pakatan Rakyat sejak isu Hasan tidak reda-reda mulai akhir tahun lalu.

Dua medan tempur

Penceramah motivasi itu pula tidak serius menunjukkan beliau sudah 'insaf'.

Malah ia makin kuat mencabar kepemimpinan parti dan simbolnya --
walaupun setelah bertemu dengan mursyidul am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden Abdul Hadi Awang tidak lama dulu.

Seperti juga sifat 'mohon maafnya' dalam isu dasar negara berkebajikan PAS, Hasan pada masa yang sama memperlekehkan setiausaha agung Mustafa Ali.
hadi awang on hasan ali sacking 080112
Kali ini, selepas menteri besar itu menyatakan Hasan telah memohon
maaf, bekas pegawai kanan kerajaan itu memperlekehkan Harakahdaily (yang menyiarkan kenyataan Nik Abdul Aziz) sehingga organ parti itu terpaksa menyiarkan transkrip lengkap sidang media tersebut.

Dalam siri pertempurannya dengan parti sebelum ini, Hasan kelihata sering membuka medan-medan baru -- mempertikai Harakah yang dikatakan tidak memberikan liputan kepadanya dan juga kenyataan ketua penerangan PAS Selangor Saari Sungib dalam isu pencalonannya semula di Gombak Setia.

Khamis lalu, setelah konflik Hasan-PAS boleh dianggap mereda susulan pertemuan di Kota Bharu, Hasan membuka dua (atau, tiga) medan tempur sekali gus.

Dalam sidang media di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), exco agama itu menggesa penguatkuasa agama itu mengenakan tindakan terhadap Badrul Amin Baharon, seorang ahli majlis tertinggi PKR, atas alasan beliau menyamakan Anwar Ibrahim dengan ‘Imam Mahdi'.

Berlagak menteri pengajian tinggi

NONE
Tidak cukup mempertikaikan perhimpunan pro-Anwar di mahkamah Kuala Lumpur semalam, dan menolaknya mentah-mentah, Hasan malah mempertikaikan arahan pucuk pimpinan PAS Selangor yang menggesa ahli menyertai rapat umum 901.


Padahal, Abdul Hadi bersama tokoh besar DAP Lim Kit Siang sudah beriltizam akan turut serta dalam mobilisasi 901.

Hasan sebaliknya mengatakan tiada arahan rasmi dikeluarkan untuk itu dan menggalakkan PAS agar tidak menyertainya.

Atas kenyataannya itu sahaja, Abdul Hadi dan timbalannya Mohamad Sabu terpaksa tampil menegaskan sikap mereka berdua dan PAS.

Jika kerja beberapa tokoh kanan parti ini hanyalah untuk melayan karenah Hasan, tentulah keseluruhan citra dan wibawa parti akan luntur.

Tidak memadai dengan semua itu, Hasan juga berlagak menteri pengajian tinggi dengan menggesa pelajar agar tidak menyertai perhimpunan tersebut!

*Fathi Aris Omar bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini.

Tiada ulasan: