Mohd Sayuti Omar
Pembebasan Mahkamah Tinggi ke atas Anwar Ibrahim terhadap dakwaan meliwat semalam disambut sorakan kegembiraan dan leraian air mata oleh keluarga dan para penyokongnya tetapi sebaliknya tidak begitu kepada bekas-bekas rakan dan pendolor perjuangnya sebelum ini yang sudah mendapat sejemput rezeki hasil pembalunan mereka terhadap Anwar.
Jelas sekali mereka itu kecewa dengan keputusan mahkamah itu. Kalaulah mereka berkuasa dan mampu berbuat mereka akan bakar mahkamah dan gantung hakim yang membuat keputusan itu. Salah seorang daripadanya bertekad untuk terus menghalang Anwar dari menjadi perdana menteri.
Sombong dan takabur sekali hamba Allah ini. Dia bercakap seolah-olah Tuhan hanya akan mendengar doa dia seorang saja dan Tuhan tidak akan memalingkan wajah kepada orang lain yang bersimpati dengan Anwar. Orang seperti ini selalunya akan mati beragam dengan ketaksuban kepada kehebatan dirinya sendiri yang sebenarnya tidak sejauh mana pun. Dia akan jadi seperti bawang yang rosak kerana jambaknya sendiri. (Kegoaan).
Terang bersuluh bahawa sikap manusia itu bukan saja tidak profesional tetapi dipengaruhi syaitan yang senantiasa mengajak supaya bergaduh dan berbalah sesama sendiri. Macam mana mereka sendiri bercita-cita untuk jadi MB kalau jiwanya kecil dan dhaif dalam berpolitik. Orang seperti ini akan tewas sebelum tiba hari penamaan calon.
Bila dia masuk politik dia tidak perlu seperti berada di rumah. Di rumah dia boleh berkasar dengan isteri dan boleh tempeleng sampai berdarah pipi. Itu hak dia secara peribadi. Tetapi bila terjun dalam politik kena fleksible dan prof, sifat-sifat peribadian yang jelek kena dibuang.
Dendam yang membabi buta disebabkan kita kecewa kerana kelemahan kita sendiri tidak boleh dibawa ke dalam politik. Kalau sikap itu menjadi pakaian dan amalan selamanya kita tidak akan muncul menjadi pemimpin yang berwibawa dan disanjung tinggi. Orang yang merajuk meninggalkan pejuangan kerana tidak senang dan cemburu dengan orang lain juga bukan calon pemimpin yang hebat. Taraf mereka hanya pemimpin jamban.
Anda rakan-rakan Anwar yang membakar kaki seluar itu hendaklah berhenti menggunakan dendam peribadi untuk mencemuh Anwar. Dunia tidak akan dengar apa yang anda cakap sekali pun benar dengan cara dan tindakan anda itu. Sebabnya orang semua tahu dan kenal siapa anda semuanya. Andalah di antara orang yang menyusun konspirasi untuk menganiayaan dan memalukan Anwar.
Bukankah anda yang seorang ini menjadi raja dan merasa berkuasa semasa Anwar menjadi TPM dulu. Bukankah anda seorang yang sombong dan angkuh menyakini Anwar akan menjadi PM pada bila-bila masa saja dan tidak memerlukan apa-apa pertolongan lagi. "Tidak payah sheikh Anwar akan jadi PM bila-bila masa, kuasa sudah dalam genggaman," itu kata anda. Saya yakin anda tidak pasti dengan kesombongan anda itu.
Apakah anda akan menggunakan alasan anda tidak tahu keperibadian Anwar maka anda membenci dan menyerang Anwar balik. Adalah bohong. Seburuk-buruk bohong adalah berbohong kepada diri sendiri. Bohong kalau anda tidak tahu dan apa yang anda tahu saya percaya adalah kebaikan yang anda perlu sanjung hingga ke hari ini.
Lakukanlah dan halanglah Anwar dari jadi PM. Kuasa menghalang bukan ditangan anda, ia ditangan Tuhan dan rakyat. Hari ini rakyat sudah siap sedia untuk mengangkat Anwar ke darjat yang sepatutnya. Kalau Allah sudah mentakdirkan demikian jika anda mengaku anda diliwat Anwar pun, Anwar tetap akan jadi PM. Pilihan raya umum adalah masa yang akan tiba untuk itu.
Saya yakin Anwar dan rakan-rakan anda yang masih setia tidak mengharapkan anda. Tetapi mereka mungkin mahukan anda berhenti merapu dan meroyan sendiri kerana bimbang ia akan memusnahkan kehidupan dan kewibawaan anda selama ini. Saya diberi tahu anda telah menangis menyesali tindakan anda tetapi sayang hari sudah senja untuk anda kembali semula ke pangkal akidah.
Bersikap profesional dan gentlemenlah. Dan kalau mahu kenanglah budi dan jasa Anwar kepada anda. Apa yang Anwar telah korbankan untuk anda rasanya belum tersatasi oleh Najib Razak yang anda dolor hari ini. Kalau Anwar telah memberikan nasi sekawah kepada anda, Najib hanya memberi anda nasi setempurung saja. Anda fahamlah sendiri di mana anda dan apakah status anda hanya menerima nasi dalam tempurung.
Bagaimana pun selamat menghalang Anwar untuk jadi perdana menteri kerana itu adalah kerja terbaik buat anda setelah anda kini tidak boleh mundur atau u-turn kepada jalan benar semula. Dalam politik yang diamalkan di negara ini tindakan anda itu halal, tetapi adat, budaya dan agama mungkin tidak membenarkannya.
1 ulasan:
Siapa agaknya yer?
SiMalaun yang makan taik kot?
Catat Ulasan