Tok Janggut
Akhirnya mahkamah telah pun membuat keputusan bahawa DSAI didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan liwat. Ada yang gembira dan terharu dengan pembebasan itu dan ada yang terkejut kerana seolah-olah tidak percaya dengan keputusan hakim itu. Namun begitu, perlu kita ingat, pihak UMNO juga bergembira dengan keputusan itu tetapi gembiranya mereka adalah kerana kita telah berjaya diperangkap dan diperdayakan oleh mereka di atas keputusan yang mereka rancang itu.
Apakah kita ingat begitu mudah untuk UMNO melepaskan DSAI begitu sahaja setelah mereka habiskan wang berjuta merancang semua fitnah jahat mereka sejak dari awal lagi yang semata-mata untuk memusnahkan kerier politik DSAI dan memalukan keluarga DSAI itu? Tidak mungkin dan tidak mungkin! Mesti mereka mempunyai perancangan dan muslihat lain di atas keputusan mahkamah yang juga atas arahan mereka ini. Samada pihak Saiful atau pendakwaraya akan membuat rayuan atau tidak, itu hal yang berlainan. Yang pasti kita mesti terus berhati-hati dan berjaga-jaga akan apakah tindakan dan perancangan UMNO seterusnya selepas pembebasan ini.
PRU13 makin hampir, dan ini juga adalah salah satu strategi UMNO untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu supaya kembali mengundi mereka kelak. UMNO tidak akan membuat sesuatu yang boleh merugi dan boleh menyebabkan kuasa mereka tergugat. UMNO merancang pembebasan DSAI untuk memperdaya rakyat khususnya orang Melayu dengan menunjukan seolah-olah UMNO sudah berubah, UMNO tidak campur urusan perbicaraan DSAI dan pembebasan itu membuktikan bahawa tuduhan Pakatan Rakyat terhadap badan kehakiman selama ini adalah bohong dan fitnah. Maka mereka yakin orang Melayu akan menyokong mereka dalam PRU13 kelak. Tetapi awas, sebaik sahaja mereka menang kelak, tekanan dan tuduhan baru mereka akan muncul pula. Undang-undang yang lebih kejam akan mereka buat untuk menyekat kebebasan dan suara pembangkang serta rakyat dari terus menentang kezaliman mereka. Tetapi dalam bentuk versi baru. Yang penting bagi mereka ialah rakyat mesti dihalang dari terus menyoal apa yang UMNO buat dan DSAI mesti dihapuskan dan mesti dihalang dari mendedahkan segala keburukan dan kezaliman UMNO dari pengetahuan rakyat.
UMNO tidak akan berbuat baik jika sekiranya mereka tidak mempunyai sesuatu niat disebaliknya. Mereka adalah dari golongan yang tidak boleh dipercayai untuk selama-lamanya. Mereka biarkan kita gembira sebentar dengan pembebasan DSAI ini tetapi mereka juga akan membuatkan kita akan menangis dan menderita selepas ini. Mereka sudah mempunyai perancangan lain yang mungkin lebih jahat dan kejam lagi nanti terhadap DSAI dan untuk Pakatan Rakyat.
Kemenangan dalam PRU13 telah mereka aturkan bersama SPR dan ajensi-ajensi kerajaan yang akan terlibat dan PRU13 kelak. Mereka akan lakukan apa saja untuk menang. Mereka tidak akan biarkan DSAI menjadi batu penghalang untuk mereka terus berkuasa. UMNO kini tidak begitu berharap pada rakyat sendiri yang akan menyokong mereka, maka rakyat asing yang kini berjuta orang jumlahnya akan digunakan sebagai pengundi dengan pelbagai tawaran istimewa diberikan kepada pendatang asing itu. Selain dari pengundi hantu yang didaftarkan secara sulit oleh SPR dan dikawal oleh UMNO yang diyakini akan memihak kepada UMNO juga. Pendaftaran sulit ini tidak sekali-kali akan dapat dikesan oleh pihak pembangkang. Dua "server" yang digunakn oleh SPR, dimana salah satu darinya boleh dikesan dan dipantau oleh pembangkang, manakala satu lagi "server" adalah dalam kawalan SPR secara sulit dan hanya pihak tertentu dalam UMNO sahaja yang boleh meng "akses" kanya. Disinilah terletaknya nama-nama pengundi hantu yang akan diberikan kad pengenalan sementara pada hari mengundi ketika di dalam bas. Kad pengenalan ini dikeluarkan oleh JPN tetapi hanya boleh digunakan untuk mengundi sahaja, jika disemak melalui internet atau di JPN, ia tidak mempunyai apa-apa rekod pun di jabatan itu.
Begitu juga buku-buku yang mempunyai senarai nama pengundi yang dikeluarkan oleh SPR. Juga mempunyai dua versi. Satu yang diedarkan kepada semua parti politik manakala buku kedua akan digunakan secara sulit pada hari pengundian yang hanya dimiliki dan dipegang oleh kakitangan SPR sahaja, dan didalam buku kedua inilah yang terdapat nama-nama pengundi hantu-hantu itu. Kedua-dua kaedah ini telah berjaya mereka lakukan di Terengganu pada pilihanraya 2004 lalu. Oleh itu, bersedialah menghadapi tipu muslihat UMNO dengan kaedah ini dalam PRU13 kelak.
Oleh itu Ingatlah, pembebasan DSAI mempunyai maksud yang tersendiri dan tersirat. UMNO tahu, jika DSAI dibiarkan berkeliaran, kuasa mereka akan tergugat. Pembebasan ini bukan saja-saja atau suka-suka tetapi mereka sudah mempunyai rancangan lain disebalik pembebasan ini.. Oleh itu awas dan berhati-hatilah semua, teruskan perjuangan kita. Selagi UMNO tidak ditumbang dan dihancurkan, selagi itulah agama, bangsa dan negara tidak akan aman dan selesa dan fitnah akan terus subur dan menjadi senjata UMNO.
Namun begitu, ada juga yang bertanya, apakah keputusan yang dibuat oleh Hakim ini kerana tersentuh dan insaf apabila melihat kematian beberapa orang yang terlibat dengan Fitnah Liwat 1 dulu yang dikatakan mati dalam keadaan aib dan luar biasa itu, yang disifatkan seolah-olah telah diazab oleh Allah selama berbulan-bulan lamanya sebelum nyawa mereka direntap oleh malaikat maut? Hanya Allah saja yang tahu. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan