"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya lima ketua wanita pertahan Shahrizat


KUALA LUMPUR: Hanya lima Ketua Wanita Umno negeri – Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah – yang mempertahankan kedudukan Dato’ Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia, ekoran desakan Naib Ketua Wanitanya, Dato’ Kamilia Ibrahim yang mahu Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita.

 
Mereka menegaskan Shahrizat – yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Dato’ Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.
Mereka yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat – juga “terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar” mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Siapa dia (Kamilia) suruh Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

“Kita pusing seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada per dana menteri dan Dato’ Shahrizat...

Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti),” tegas Ketua Wanita Umno Pahang Dato’ Rosni Zahari.

Akhbar The Star 22 Mac lalu, melaporkan Kamilia menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan. Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi “susah nak kerja” berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Tiada ulasan: