"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohamad Sabu tanding di Kedah?

ALOR SETAR: Kumpulan tertentu PAS Kedah dikatakan melobi mahu Timbalan Presiden Mohamad Sabu bertanding sebuah kerusi DUN di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Mohamad tidak mahu bertanding kerusi DUN sebaliknya kerusi Parlimen Kuala Kedah yang dimenanginya pada tahun 1999.

“Kumpulan Exco Datuk Phahrolrazi Zawawi telah melobi supaya Mohamad bertanding kerusi negeri. 

Mereka berharap pemimpin veteran PAS itu akan menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Berita ini sudah tersebar seluruh negeri Kedah,” kata seorang bekas pemimpin PKR Kedah.

Baru-baru ini tercetus pergeseran antara Phahrolrazi dengan Azizan hingga menyebabkan beliau tidak mahu dilantik semula sebagai exco.

Belum ditentukan

Bagaimanapun, kes itu selesai setelah PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu untuk memantau pentadbiran kerajaan negeri.

Sementara itu, Mohamad mengatakan bahawa kerusi untuk beliau tandingi belum ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.

“Ada yang pelawa di Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Mohamad berkata beliau lebih berminat bertanding kerusi parlimen.

Manakala bekas Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Najib Fahmi Yahya berkata, timbalan presiden PAS itu tidak sesuai bertanding kerusi DUN.

Tiada ulasan: