"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'K'jaan Langit' Ayah Pin kembali aktif

sky kingdom 040805 walking in
Kawasan perkampungan 'Kerajaan Langit' yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.

Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di 'perkampungan langit' itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini, lapor Berita Harian.

"Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

"Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya," beberapa penduduk kampung yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata.

Harian itu melaporkan, kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.

Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang 'kesaktian' selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.

JHEAT: Pengikut tegar masih menetap

Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.

Harian itu difahamkan, sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.

sky kingdom demolition 040805 teapot destruction
Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut.

Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Salleh dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasa jabatan berkenaan sudah diarah melakukan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.

Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan dilakukan ajaran itu sudah dihentikan, tetapi pengikut tegar masih menetap di perkampungan itu.

Tiada ulasan: