"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemenangan mudah bagi Najib jika: Pertama, kawal Rosmah. Kedua, tangkap Dr M!

Mathias Gomes
Kemenangan mudah bagi Najib: Pertama, kawal Rosmah. Kedua, tangkap Dr M!
Kehadapan PM Najib,


Jika anda ingin menang dan lebih cemerlang dari 2004 pada Pilihan raya umum ke 13, apa yang anda perlu buat adalah menggemparkan rakyat dengan melakukan perkara seperti berikut:

1. Mengeluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak Baginda dan mendakwa dirinya di mahkamah kerana bersubahat atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu-ya buat kali yang kedua. Rakyat sememangnya mengesyaki dia bersubahat dalam pembunuhan itu kerana dia memegang peranan utama dan mendapat habuan yang besar dalam pembelian Scorpene. Sebenarnya, rakyat juga mengesyaki anda dan isteri anda juga terlibat tapi tindakan harus diambil satu persatu. Apa pun, tindakan ke atas Baginda mungkin akan melepaskan kamu sedikit sebanyak dari skandal mengurangkan kesan negatif dari kredibiliti anda dalam pembunuhan.

Menahan Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham Telekom dan mendakwanya di mahkamah. Orang India akan lebih banyak menyokong anda, walaupun ada Hindraf, dan mereka akan lebih yakin terhadap anda dalam PRU ke-13.

3. Sesudah itu, berikutan skandal PKFZ di mahkamah, carilah Ling Leong Sik dan hantar dia ke penjara serta-merta. Ini akan membuat orang Cina mengambil perhatian manakala orang Melayu akan benar-benar berbangga dengan anda dan memberi ganjaran kepada anda apabila mereka mengundi.

4. Sumbat Khir Toyo ke penjara kerana rasuah dan pecatnya daripada UMNO, dia telah dilantik oleh Mahathir Mohamad sebagai Menteri Besar dan ini bukan petanda baik bagi kredibiliti bekas PM itu. Dengan mengambil tindakan ini, anda mungkin memenangi Selangor tanpa perlu bekerja terlalu keras, seperti yang anda telah dakwa akan menjadi 'ambang' untuk berbuat demikian. Menang dengan ketara akan meningkatkan imej anda kerana anda adalah Ketua Barisan Nasional bagi Selangor.

5. Pecat Shahrizat Jalil dengan segera dari semua jawatan dalam UMNO dan bekukan semua aset yang dimiliki NFC serta firma persendirian milik keluarga yang berkaitan dengan NFC dan setiap sen harus dikira. Ini mungkin akan mempertahankan kamu dari skandal kondo Kazakhstan yang bakal meletup. Ia juga akan menaikkan mata anda dalam UMNO dengan rakyat yang bakal memberi Pembangkang serangan jantung!

6. Berterus-teranglah tentang sikap berbelanja isteri anda buktikan cincin berlian AS $ 24 juta telah dikembalikan ke New York. Dan jika anda berani, jadikan ia satu permulaan untuk mengawal isteri anda setiap masa. Jika perlu, anda tidak perlu takut untuk menebat mulutnya. Anda perlu tunjukkan kepada rakyat bahawa anda pembuat keputusan utama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kerja anda juga perlu mengisytiharkan kepada rakyat bahawa Wanita Pertama Malaysia sebenarnya adalah Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda Raja, isteri Yang di-Pertuan Agong. Isteri anda hanyalah isteri Perdana Menteri.

6. Tahukah anda YAB Perdana Menteri, jika anda benar-benar melakukan ini, undi semua wanita akan menjadi milik anda dan ini akan membantu anda secara mendadak untuk menang dengan majoriti dua pertiga yang kita tahu anda dan Umno cuba dapatkan dengan apa jua cara. Mengapa? Maaf untuk jika bunyinya kasar, tetapi isteri anda adalah orang yang paling dibenci selepas Mahathir di Malaysia.

7. Minta maaf secara terbuka atas skandal Perak dengan cara merampas kuasa dan mengakui ia adalah kesilapan yang serius. Ini akan membantu anda untuk mengekalkan kuasa ke atas Perak. Juga, semasa anda berada di sana, berilah tamparan ke muka Hee Yit Foong untuk semua orang Cina di Perak. Mereka akan mengundi untuk anda selepas itu.

8. Memenuhi semua permintaan BERSIH 2.0 terhadap 8 reformasi pilihanraya tanpa sebarang alasan. Katakan pada rakyat yang anda ikhlas dalam reformasi pilihanraya dan anda tidak perlu menipu untuk menang.

9. Ini adalah cabaran yang sebenar. Ia akan sama ada melemahkan atau menjadikan anda juara. Tangkap Mahathir Mohamed untuk semua kesalahan dimana dia telah terlibat semasa pemerintahan 22 tahunnya. Kuasa kini di tangan anda. Adakah anda boleh lakukannya?

Jika anda boleh lakukan, maka anda akan menang tanpa perlu banyak berusaha, tidak kiralah jika Pakatan Rakyat mempunyai pasukan yang sangat berbakat. Anda akan mendapat sokongan seluruh rakyat dengan mandat yang akan menjadi sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana ketua UMNO yang lain selama beberapa dekad yang akan datang.

10.Dan akhirnya, singkirkan PERKASA dan jauhi diri dari Hassan Ali dan JATI. Dan yang paling penting, mengaku anda adalah ‘Orang Malaysia dahulu dan Melayu kemudiannya' - tidak seperti Muhyiddin Yassin yang cuba untuk membuat lawak dan membuli orang bukan Melayu tetapi lihatlah di mana dia sekarang. Jadi, dukunglah 1 MALAYSIA dengan adil untuk semua kaum di Malaysia.

Juara Rakyat

Jika anda benar-benar boleh melaksanakan semua cadangan ini, anda akan menjadi "Juara Rakyat" dan anda boleh menikmati tempoh pemerintahan yang kedua dengan berbekalkan ini sahaja.

Tetapi peluang anda untuk memenuhi salah satupun cadangan ini adalah mustahil. Jadi, anda perlu tahu bahawa anda akan kehilangan kawalan kedua-dua UMNO dan Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat akan bersedia untuk membentuk Kerajaan seterusnya. Mudah-mudahan, untuk sekali, anda mungkin akan melakukan sesuatu yang cemerlang dengan menjadi pembangkang yang digeruni kepada mereka.

Tiada ulasan: