"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Thamrin Tun Ghafar diugut oleh pemimpin UMNO

Nusajayakini.com

PULAI: Keputusan Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba untuk berceramah di pentas Pakatan Rakyat mengundang resah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sehingga menyebabkan beliau ditelefon oleh individu yang tidak dikenali. individu tersebut telah mengugut beliau agar menghentikan segala bentuk ceramah di pentas Pakatan Rakyat.

"Saya ini masih lagi ahli UMNO. Saya dihubungi oleh orang UMNO yang tidak senang saya bersama tuan-tuan pada hari ini di pentas Pakatan Rakyat. Mereka minta saya hentikan segera program-program ceramah di pentas Pakatan Rakyat. Jika saya enggan, saya turut akan menjadi sebahagian daripada individu yang akan diserang seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain"

"Saya tidak gentar dengan ugutan mereka. Saya sekarang ini berasa sangat selesa bercermah di pentas Pakatan Rakyat. Saya tidak akan berselindung lagi dalam menyatakan kebenaran dan membongkar segala salah laku yang berlaku di dalam UMNO" jelas beliau lagi yang merupakan anak kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ghafar Baba dan juga pernah memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Dato' Thamrin Tun Ghafar juga menyatakan bahawa beliau juga sudah lama tidak mengundi UMNO dan mengajak rakyat Johor utnuk tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sudah lama saya tidak undi UMNO ini. Saya harap tuan-tuan juga jangan undi UMNO dan berikan undi kepada Pakatan Rakyat. Saya juga tidak pernah gentar jika saya dipecat dari UMNO" ujar belaiu lagi semasa majlis bersama anak-anak negeri Kelantan di PPR Kempas.

Tiada ulasan: