Blog mediaperak.com
Ingat lagi krisis Perak pada tahun 2009? Masih ingat lagi satu kumpulan manusia yang datang membuat provokasi ketika Sidang Tergempar DUN Perak pada masa itu? Cuba perhatikan gambar dibawah.
Di Perak, ini adalah kumpulan yang dipanggil “untouchables” atau pun kumpulan yang tak boleh disentuh. Polis pun takut kepada kumpulan ini. Kalau di India, kumpulan yang dipangil “untouchables” ini adalah golongan kasta paling bawah.
Siapa lelaki yang dihadapan sekali yang seolah-olah menjadi boss ini? Dia adalah Pengerusi Majlis Ayahanda Negeri Perak. Mohd Israq. semasa Krisis Perak, dia lah yang menjadi taiko kepada Umno.
Pasal apa gambar dia aku keluarkan balik?
Gambar dari Blog Hamidah
Semalam, blog Hamidah mengeluarkan kenyataan Mohd Israq yang memberi amaran kepada Lee Boon Chye berkaitan dengan Sekolah Agama Rakyat Taman Aman yang menjadi kontroversi.
Mohd Israq memberitahu,”Lee Bon Chye dan parti yang bersekongkol dengan pemimpin kafir harbi diingatkan agar jangan bermain dengan api kerana kesabaran umat Islam ada hadnya. selama ini kami hanya mengikuti dari jauh perkembangan dalam isu ini.”
Aku cukup sokong kalau Majlis Ayahanda Perak mahu mempertahankan Islam di Perak. Tapi Islam juga ada hukum hakamnya, negara juga ada undang-undangnya.
Mengaapa bila Tanah Perkuburan Islam di Batu Gajah dimansuhkan wartanya, Majlis Ayahanda tak ambil tindakan?
Mengapa bila Zambry memberikan tanah rizab Melayu kepada tauke Cina seluar hampir 2,000 ekar, Majlis Ayahanda buat tak tau?
Mengapa bila Zambry merampas tanah yang sepatutnya diberikan kepada penduduk Melayu/Islam Perak di Kg. Redang Sawa dan diberikan kepada jutawan MCA, Majlis Ayahanda buat tak tau?
Mengapa bila tanah kubur untuk orang Islam di Mukim Selama seluas 1.1 hektar ditarik balik oleh Zambry, Majlis ayahanda buat tak peduli?
Mengapa bila tapak surau seluas 919 meter persegi di Hulu Kinta dirampas oleh Zambry, Majlis Ayahanda buat tak tau?
Apakah kerana isu Sekolah Agama Rakyat ini membabitkan Hamidah..maka Majlis Ayahanda baru nampak muka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan