"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib mewah guna wang rakyat untuk peribadi- Azan

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Tabiat gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Razak mengguna wang pembayar cukai tidak sepatutnya diamalkan seorang bergelar perdana menteri, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Beliau mengulas jawapan kerajaan mempertahan percutian peribadi Najib, yang membelanjakan sebanyak RM273,799.57 dari 18 Mei hingga 25 Mei untuk bercuti ke Milan dan Washington, termasuk penggunaan pesawat rasmi negara.

“Wang sebanyak RM273 ribu tidak menjadi apa-apa masalah dan tidak menjadi kesalahan bagi Najib Razak, kerana beliau dan isterinya memang suka gaya hidup mewah,

“(Mereka) belanja apa saja demi kepuasan nafsu, tabiat seperti ini tidak sepatutnya ada bagi seseorang orang tertinggi dalam negara,” ujarnya.

“Kita dapat lihat, Najib Razak sentiasa saja mempunyai kaedah untuk mencari alasan demi menghalalkan setiap perbuatan yang sememangnya salah,” kata beliau.

Beliau dalam pada itu mencabar Najib supaya memohon maaf seperti mana pernah dilakukan Perdana Menteri negara lain, jika mereka membuat kesilapan.

“Kita ambil contoh Perdana Menteri negara Komanwel seperti Perdana Menteri New Zealand, John Key, beliau sentiasa bertanggungjwab tentang apa juga masalah melibatkan kepentingan rakyat dan kerajaan.

“Beliau secara terbuka akan memohon maaf kepada rakyat di negaranya jika membuat kesilapan,” kata beliau.

Tiada ulasan: