"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Sabah alu-alukan Lajim

PAS Sabah mengalu-alukan anggota parlimen Beaufort daripada BN Lajim Ukin untuk menyertai parti Islam itu bagi meneruskan perjuangan politiknya dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS Saba Lahirul Latigu berkata, mereka sentiasa bersedia menimbangkan kemasukan ahli politik lain dan ketua masyarakat tidak kira kedudukan dan latar belakang.

"PAS melalui banyak pengamalan dengan kumpulan profesional seperti doktor, peguam dan orang ramai yang menyertainya. Kita tidak pernah menyekat kemasukan sesiapa pun ke dalam parti," katanya.

PAS sebagai anggota Pakatan paling lemah di Sabah dilihat mampu menawarkan kedudukan terbaik untuk Lajim.

Lakim di labuan baru-baru ini berkata beliau bersedia dipecat oleh Umno dan akan mempertimbangkan pandangan pengikutnya supaya menyertai parti pembangkang.

1 ulasan:

Farizha berkata...

Assalamualaikum

FS Mega Creative Enterprise menyediakan perkhidmatan percetakan T-Shirt dan cenderahati. Kami turut menyediakan perkhidmatan mencetak bendera parti PAS, DAP dan Keadilan (dalam bentuk gulung pun boleh) dengan harga yang amat berpatutan. Penghantaran adalah percuma.

Untuk tempahan sila hubungi:
FS Mega Creative Enterprise (CA01843562 – P)
Kedai Khidmat 1
Bangunan PERNAMA
RKTLDM Balok Perdana
26100 Kuantan PAHANG
Tel: 019-9314105
Emel: fsmegacreative@gmail.com