mohdnoorawang
Maka bermadahlah semua media cetak dan media tv milik BN/UMNO dan pengampu bodoh kerajaan BN dengan kehadiran 150,000 orang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama perdana menteri Datuk Sri Najib Razak.
Najib Razak cukup ceria dan yang paling ceria ialah si Rais Yatim. Hampir pasti Rais Yatim tidak terlucut namanya PRU13. Malah Tun Mahathir yang hadir bersama pada pagi 31 Ogos memuji konsep menyambut merdeka ke-55. Mungkin Mahathir terlupa kok beliau bekas perdana. Cakap dan gaya angkuh dan sombong laganya.
Memang cukup ramai yang hadir pada malam tersebut. Bagi penjawat awam (kakitangan kerajaan) kehadiran adalh wajib dan sebagai tugas rasmi. Malah kaki tangan awam yang hadirboleh membuat tuntutan perjalanan. Kerana itu adalah tugas rasmi/
Begitu juga dengan semua badan kerajaan yang lain kehadiran adalh diwajibkan. Hampir setiap yang hadir diupah dengan wang dan makanan dan pengangkutan.
Yang paling ramai adalah orang muda lelaki dan perempuan. Kerana pada malam tersebut disajikan dengan artis pujaan anak anak muda. Bermacam upah dam wang diberi kepada setiap sukarela dalam mengendalikan laman twiter Najib Razak. Upanya sebanyak RM100 seorang,
Menteri belia dan sukan dan menteri penerangan menjadi peneraju utama untuk meramaikan hadir bersama Najib Razak. Namun ucapan Najib Razak tidak mengambarkan mahu berubah dari rasuah dan ketirisan dalam setiap peruntukan yang diadakan.
Dengan kata mudah faham yang hadir hampir 95 peratus dibayar dengan wang dan diberi imbuhan dan wajib hadir. Satu lagi jabatn yang menjadi tulang belakang ialah JASA dibawah kementerian Penerangan. JASA satu jabatan yang cukup sinonin dengan program kerajaan BN/UMNO .
Jika musim haji, bakal bakal haji dapat hadiah tuala dan lain lain bekalan diberi kepada bakal bakal haji. Itulah JASA, ada JASA ada UMNO ada UMNO ada JASA. Macam Pengerusi JKKKKKKKKKlah.
Kita tunggu Najib Razak umum PRU13, kerana 150,000 orang yang hadir akan pangkah UMNO/BN. Najib tersenyum macam macam kambing nak mengawan lagaknya semalam, cukup teruja kerana yang hadir melimpah ruah dam memuji Najib Razak sehingga melangit oleh media cetak dan media tv yang menjadi media sial dan jurang dalam pemberitaannya.
1 ulasan:
bukan 150 ribu akan pangkah bn tapi majoriti akan pangkah bn kali ini ..
Catat Ulasan