"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas ATM serta PAS : Satu perkembangan baik

Ibn75.wordpress.com

SRI GADING: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberihatu bahawa perkembangan PAS semakin baik akhir-akhir ini ekoran penyertaan pelbagai pihak dalam parti Islam itu.

Terbaru, penyertaan empat bekas pegawai yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis membenarkan lagi kenyataannya.

Malah, parti itu kini sudah diterima oleh mereka yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya yakin akan dapat menarik lebih ramai lagi pesara kerajaan bersama dengan mereka.

”Dua daripadany ialah berpangkat Leftenan Kolonel dan Kepten. Saya boleh katakan kemasukan mereka ini hanylah sebagai permulaan dan selepas ini, akan lebih ramai akan menyertai kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Aminolhuda berkata demikian dalam majlis perasmian Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Yaani, Parlimen Sri Gading, dekat sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Aminolhuda telah menerima beberapa borang keahlian berkenaan dengan disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS.

Dalam perkembangan berasingan, Ibn bacoks sebelum ini melaporkan bekas pegawai tinggi kerajaan Hj Sabri Kasmani, anak kelahiran Johor telah menyerahkan borang keahlian pada satu majlis Ramadan lalu kepada Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor.

Sabri yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Sumber Tenaga Manusia dilaporkan berada di majlis Sambutan Badar Kubra peringkat negeri Johor di Kompleks Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Batu Pahat, Kg. Sungai Tongkang Rengit bagi tujuan pengisytiharaan keahlian di hadapan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan ribuan penyokong parti Islam itu.

Tiada ulasan: