"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor cun dan sangat pintar ini rupanya kini tersiksa di penjara Yahudi !!

Pahang Daily

Dr. Aafia Siddiqui (foto) dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya Saintis Neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama empat orang anak kecilnya selama lima tahun tanpa khabar berita sehinggalah empat orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak diketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. 

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh lima tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. 

Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk menyelamatkan maruah FBI Amerika. 

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. 

Nasib anak-anaknya selama lima tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang. Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. 

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghanistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya semasa di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. 

Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma.
[Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini. Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan-tahanan Muslim dan Muslimat di penjara-penjara Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid. “Allahummansurilislam wal muslimin ya Allah.. Allahummansurilislam wal muslimin ya Allah.. Allahummansurilislam wal muslimin ya Allah.” Mereka membuat perancangan, Allah juga membuat perancangan.... Perancangan Allah yang terbaik. 

Apapun, umat Islam di seluruh dunia digesa bangkit dan berjuang menentang mereka yang kononnya Islam tetapi terus bertuhankan dengan hukum-hukum serta undang-undang barat yang dicipta oleh Yahudi untuk menjahanamkan umat Islam keseluruhannya. Di Malaysia, ISA sudah dihapuskan namun kini ada pula undang-undang baru yang hampir sama dengan apa yang terjadi kepada Dr. Aafia Siddiqui ini. Apakah kita redha undang-undang tahanan tanpa bicara ini diteruskan di masa yang akan datang?. Bagaimana jika ia berlaku kepada ahli keluarga kita?. Maka, itu lakukanlah perubahan pada pilihanraya umum nanti!].

Tiada ulasan: