"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Ummi Hafilda, di mana Azizan? Betul ke dia ada di Melaka Tengah, sedang sasau!

senik

Assalamualaikum,,..


Ingatkah lagi, Ummi Hafilda, superwoman yang menjadi pembela kepada Azizan Abu Bakar yang diliwat DSAI? Bermati matian Ummi mempertahankan Azizan yang menjadi hampir sasau ketika itu kerana trauma yang tidak terhingga. Dalam usahanya, Ummi turut membabitkan beberapa orang lagi termasuk kakak iparnya dan abang kandungnya. Hebat Ummi. Kemudian DSAI didapati bersalah dan dihukum penjara, sementara Azizan mendapat sebuah syarikat yang dibongkar oleh sebuah stesen TV Australia.

Masih ingatkah lagi peristiwa hitam itu? Kini Ummi muncul kembali, terbaru selepas berkahwin dengan lelaki idamannya. Ummi memimpin sebuah NGO yang mahu membela artis pula yang dakwanya diabaikan sehingga dikatakan 80% dari kalangan artis menyertai pembangkang terutamanya PAS.

Sebelum itu, Ummi pernah muncul dengan seorang budak lelaki baru (lupa namanya) yang turut didakwa dizalimi oleh DSAI, tetapi kemudiannya hilang sehingga Ummi muncul kembali dengan penampilan barunya. Akan tetapi persoalan yang timbul, kenapa Ummi sudah lupa tentang Azizan yang pernah dibelanya? Di mana Azizan sekarang?

Khabar yang pernah penulis dengar ia lah Azizan sekarang berada di Melaka Tengah. Kata sumber yang memberitahu, kalau nak jumpa Azizan pergilah ke Melaka Tengah dan kalau lihat ada pemuda yang merayau rayau dengan pakaian orang gila, itulah Azizan. Azizan sasau.

Betul ke maklumat ini. Mungkin orang Melaka boleh sahkan. Namun yang menjadi tanda tanya kenapa Ummi Hafilda, superwoman 1Malaysia boleh melupakan terus Azizan begitu saja? Bukankah dia dimangsakan oleh DSAI dan perlukan pembelaan malah perlukan rawatan berterusan bagi merawat traumanya itu?

Mudahnya seorang yang menyebabkan seorang yang lain terpenjara dilupakan terutama oleh superwoman yang pernah membela dan menjaja cerita bagaimana dia diliwat. Sekaranglah masanya Ummi boleh menampilkan semula Azizan kepada negara bagi membolehkan terbongkarnya kelakuan buruk DSAI dan mampu memberikan kelebihan kepada BN.

Bukan dengan membawa isu lain dan melupakan kisah liwat Azizan. Isu artis pula, sepatutnya bukan kerana 80% dari mereka jadi pembangkang, tetapi kenapa artis luar Psy boleh dibayar sehingga mencecah jutaan RM untuk pertunjukkan selama 15 minit perlu dipersoalkan. Artis tempatan melopong.

2 ulasan:

kamalzaman berkata...

Melaka tengah tu alor gajah..betul le

XUMNO berkata...

Kerja syaitan memang begitu. Bila dia dah sesatkan seseorang, dia akan tinggalkan dan cari mangsa lain.Betina ni bukan syaitan biasa, dia ibu segala syaitan di Malaysia.