"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat tolak Najib di P Pinang, Anwar disambut gemilang di S’wak

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Ketika Najib Razak mencatat sejarah buruk dalam kariernya sebagai Perdana Menteri apabila ditolak terang-terang oleh rakyat Pulau Pinang semasa konsert Psy, Anwar Ibrahim pula terus mencipta kegemilangan di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat segenap masyarakat.

Kedatangan beliau di Beluru, Bakong semalam disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk.

Antara rintihan yang paling memilukan adalah sepanduk ‘Majukan Baram’ yang mana jelas sekali menunjukkan masyarakat Baram tertindas sehingga sekarang. Kemajuan jauh panggang dari api. Ini kalilah!!!!

Buktinya lihat gambar di bawah:
Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong petang semalam.
Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong petang semalam.
Anwar berucap di depan Pasar Rakyat Beluru, Bakong di Baram, Sarawak.
Anwar berucap di depan Pasar Rakyat Beluru, Bakong di Baram, Sarawak.3.
Disambut meriah sebaik tiba di lapangan terbang Miri, Sarawak tengah hari tadi.
Disambut meriah sebaik tiba di lapangan terbang Miri, Sarawak tengah hari semalam.
Waterfront Commercial Centre, Miri
Waterfront Commercial Centre, Miri
Sambutan Tahun Baru Cina ke Sarawak dimulakan dengan ceramah Anwar ‘Solusi Baram’ di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.

7.00 malam tadi, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri. Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.

Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng.

Tiada ulasan: