"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanda Tergugatnya MCA Dun Johor Jaya (Gambar)

Blog syed-othman.blogspot.com
Majlis makan malam untuk kutipan Dana PRU13 DAP Johor jaya telah diadakan di restaurant Cathay taman molek semalam.Majlis yang dihadiri oleh kepimpinan tertinggi pusat parti itu diserikan lagi dengan kehadiran pengerusi Dap pusat lim kit siang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat cina.
Setiap ruang dan sudut di dewan makan yang boleh memuatkan seribu orang hadiri dipenuhi dengan penyokong dap maupun pakatan rakyat hingga terpaksa meja dibuka diruang legar restaurant.Ramai anak-anak muda masyarakat cina hingga ke wargaemas kelihatan menghadiri majlis yang dianjurkan ini.
Nyata mood masyarakat cina terutama di Johor jaya dan pasir gudang amnya, ingin melihat perubahan langskap pemerintahan kepada yang lebih baik dan terjamin.Menarik pada majlis semalam apabila sekumpulan kepimpinan MCA pasir gudang telah mengisytiharkan keluar parti untuk memberi sokongan kepada DAP dan pakatan rakyat.Mereka juga telah ditemuramah oleh pihak media akhbar bebahasa cina dalam majlis tersebut.
Pas yang diwakili oleh bakal calon dun permas Tuan syed Othman turut berceramah dalam majlis tersebut selain pimpinan Pkr Steven chong dan kepimpinan Dap yang lain.

Senario dari sambuatan majlis yang diadakan itu,boleh dirumuskan dengan jelas menunjukkan masyarakat cina sudah menolak UMNO BN dan inginkan perubahan dengan menyokong bakal kerajaan baru dari pakatan rakyat.

Salah seorang pemimpin MCA yang mengisytiharkan keluar parti memberitahu penulis sebelum berakhirnya majis bahawa pakatan rakyat harus berusaha untuk menang bagi menyelamatkan Malaysia dari kerajaan UMNO BN yang korup.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Tiada ulasan: