"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar perkahwinan yang tidak suka dilihat

Harakahdaily
(Bekas ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa antara tetamu majlis resepsi Saiful Bukhari)
KUALA LUMPUR: Sekarang musim orang kahwin. Yang suka dilihat adalah gambar Ustaz Azhar Idrus berkahwin tiga. Namun ada satu perkahwinan yang tidak berapa suka dilihat khasnya oleh ahli PAS.

Ia adalah perkahwinan Saiful Bukhari dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7 di sini malam tadi.

Yang tak suka dilihat adalah tokoh-tokoh yang turut serta di majlis resepsi itu selepas majlis akad nikah di Kuala Terengganu.
(Blogger terkenal Papagomo turut meraikan Saiful)
Dengan bertemakan Garden Wedding, kira-kira 800 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan alunan music jazz yang dibawa oleh Jimmy and Fans semasa majlis itu sedang berlangsung.

Menurut blog KLpos, antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Mahathir, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin dan blogger kontroversi Papa Gomo.

Pada 25 Mei lalu, Saiful Bukhari Azlan diijabkabulkan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI) berwalikan bapa pengantin perempuan sekaligus sah bergelar suami kepada salah seorang personaliti TV3, Nik Suryani.

Dengan jumlah mas kahwin berjumlah RM41,101, majlis diserikan dengan 9 dulang hantaran yang diiringi rombongan pengantin lelaki dan dibalas 11 dulang dari pihak keluarga Nik Suryani.

1 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Memang padan dah....Mat UG dan psyfool! Ngam habis! Mungkin boleh bagi kelas fardhu Ain tentang mandi junub! Sebab ramai pasangan baru kawin yang keliru macamana dan dalam keadaan apa kena angkat hadas besar. Dulu ada member kepada member gua yang tak mandi junub (lepas anunya pekena sodapmee) dan terus pergi sembahyang jumaat atas sebab nak simpan bukti.Oh ya, member tu juga sempat pekena karipap dan minum kopi dulu. Jadi elok the very kalau ada tarbiyah dari Mat UG tentang hal-hal asas ni! Kalau bab akidah boleh panggil Mat Jati pulak. Inilah dunia! Macam-macam kelaku diperlihatkan kalau dah kebijaksanaan dibuang ke longkang!