"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ni apa kesahnya pulak Yang Dipertua baru YADIM ni

Benzaini
Perlantikan Dr. Ayraf Wajdi Amad Dasuki sebagai YDP YADIM yg baru telah mendapat pelbagai reaksi di antara harapan dan kekecewaan. Walau bagaiman pun sama2lah kita tunggu dan lihat perkembangan YADIM selanjutnya.
Allah lebih mengetahui nawaitunya Tun Razak ketika menubuhkan YADIM. Yayasan ini ditubuhkan pada 1974 iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan ketika PAS berada dlm Kerajaan Campuran. Tetapi setakat yg kita ingat YADIM lebih merupakan alat politik parti pemerintah utk menangani beberapa masalah dakwah dan terutamanya untuk mengawal kegiatan dakwah.
Ini ternyata drpd perlantikan org yg mengetuai yayasan ini. Dari mula lagi ia diketuai oleh org2 politik kepartian yg ada sedikit kecenderungan kpd agama atau org2 politik yg ada pendidikan agama. Dlm senarai Yang Dipertuanya dari awal hingga hari ini hanya dua org sahaja yg boleh dikatakan bukan ahli politik yg aktif.

Kita dapati nama2 seperti TS Sayyed Nasir, DS Hj. kamaruddin Mohd Isa (Bekas Menteri Besar Perak), TS Dr. yusof Nor, Dato' Dasuki Hj. Ahmad (ayah Dr. Asyraf), TS Dr. Abdul Hamid Osman, Datok Nakhaei dan DS Jamil Khair adalah di anatra Yang Dipertua YADIM. Mereka semua adalh ahli2 politik yg ketika perlantinkan mengetuai YADIM boleh dikatakan sudah tidak begitu bererti lagi.

Oleh itu tidak banyak yg dapat dilihat berlaku dlm gerakan dakwah di negara ini melalui YADIM kerana tugasnya telah ditentukan demikian dan dipimpin oleh mereka yg semacam sudah "terbuang" dlm politik. Setakat mana perlantikan Dr. Asyraf tidak berbau politik agak sukar diketepikan.

Ayahnya seorang tokoh UMNO yg terkenal dan masih agak "relevan". Beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua YADIM. Kegiatan Dr. Asyraf sendiri ketika dan selepas PRU-13 baru2 ini barangkali ada pemberatnya dlm perlantikannya sebagai Yang Dipertua YADIM yg baru.

Kalau perlantikan ini juga merupakan perlantikan politik, seperti semua perlantikan badan2 Kerajaan dan separa Kerajaan di Malaysia, tidak banyak yg boleh diharapkan dri perlantikan tersebut. Semoga hal ini tidak benar.WA.

Tiada ulasan: