"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Turki... Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

matuse68
Aku mulakan perkongsian ini dengan lafaz Bismillah.

1- Sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan di media, facebook, twitter, laman web, portal berita, orang pertama yang ingin aku bertanya apa sebenarnya yang berlaku di Turki adalah Ustaz Hasrizal Jamil. Namun tidak mendapat sebarang respon. Rupa-rupanya Ustaz kini berada di Mekah, sedang mengerjakan Ibadah Umrah. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz. Amin.

2- Siapa rujukan aku seterusnya? Sudah tentunya rakan2 aku yang berada di Turki. Mereka ialah Jejak Uthmaniyyah, Zed Almansyud, Halim Bohari & Nadia Baharuddin. Rujukan seterusnya rakan den yang sering mengeluarkan artikel panas dan kontroversi, Ali Abu.

3- Apa sebab protes ini berlaku? Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap. Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan. Sebelum AKP menguasi Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $ 3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasqi), ia mencecah $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500 bilion dalam 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat. Nah, sekarang apa punca sebenar protes?

4- Menurut rakan fb den, Ali Abu : "Protes yg bermula di Gezi Park adolah protes pencinta alam sekitar. Ia bermulo pd 28 Mei 2013. Diorg x nak Gezi Park bertukar menjadi Shopping Mall. Kemudian diorg occupy Gezi Park. Semaso diorg occupy kek tmpt tu, FRU Turki menghalau mrk kluar drpd Gezi Park. Bilo diorg main polis sentri wan tu jaga, geng2 occupy mendapat simpati drpd grup2 lain. Golongan kiri & hardliner sekular masuk campur. Dan mrk membawa isu masing2 yg diorg tak puas hati dgn polisi kjaan. Drpd isu alam sekitar, ia merebak kpd isu campur tgn Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg tertindas, isu bercium di tmpt awam & lain- lain lagi. Daripado demo protes serta occupy yg mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh geng2
pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh leader2 yg ado hidden agenda."

5- Apa yang hebatnya Gezi Park (Dataran Taksim) ini? Mari kita mengimbau sejarahnya. Menurut rakan facebook, Zed Almansyud : "Frankly speaking,antara tempat yang menjadi tarikan bagi pelancong Eropah yang ke Turki dan merupakan 'the heart of istanbul'..Terletak di bahagian Eropah Istanbul dan terkenal dengan pusat membeli-belah,Hotel mewah,pub dan disco..Ia juga tekenal dengan panggilan 'The new Paris'.. Pada era pemerintahan Turki Uthmaniyyah,kom uniti 'Levantines' (Latin Christians) menjadikan tempat ini sebagai pusat intelektual dan perdagangan..Mereka terus tinggal di kawasan Taksim,sehingga ke hari ini..Namun setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah ,barisan pemuda Turki(young Turks) menjadikan tempat ini sebagai tempat meraikan kejayaan pembentukkan negara Republik Turki hasil contoh pembentukkan negara Republik Perancis..Hari ini,ia menjadi pusat budaya Ataturk(AtatΓΌrk KΓΌltΓΌr Merkez)..so no wonder la,tempat ni melata dengan maksiat.."

Tiada ulasan: