TKOOffline
Saya nak tersedak bila mendengar bagaimana idea bodoh dikemukan kepada kerajaan oleh pihak polis dalam temu bual Astro Awani.
Pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini adalah antara beberapa langkah "drastik" yang dicadangkan untuk menangani masalah tersebut. Menurutnya, 90 peratus jenayah jalanan dilakukan oleh penjenayah bermotosikal.
Khalid berkata, strategi itu mungkin dilihat agak drastik tetapi tambahnya, jika ia boleh dilaksanakan di bandar besar di negara lain, mengapa ia tidak boleh dilaksanakan di sini.
Kenapa saya kata bodoh, maaf mungkin bahasa itu kasar.
Kenapa sistem di Malaysia ini semuanya nak menyusahkan rakyat kerana satu dua orang lain buat salah?
Contohnya apabila ada kenderaan bawa laju di kawasan perumahan, bumper dipasang untuk mengatasi masalah seorang dua yang bersikap cuai. Tapi penyelesaian itu menyusahkan semua orang di perumahan berkenaan.
Begitu juga dengan kecurian, rumah terpaksa dipasang grill, CCTV dll untuk mengatasi masalah berkenaan. Semua orang menjadi bermasalah kerana satu daripada masalah kecurian tak dapat ditanggani dengan baik.
Oleh kerana kes ragut tak boleh diselesaikan oleh pihak polis maka semua orang tak boleh bawa motor ke bandar??? Kan bangang punya idea itu! Pihak polis pula berkata banyak negara luar mengamalkannya.
Kenapa pihak polis tak ambil contoh negera-negara Islam, dimana kedai boleh ditinggal bergitu sahaja. Malah motosikal boleh ditinggalkan ditepi jalan dengan kunci masih tersangkut dimotor. Tak ada yang nak ambil??
Tak ada orang nak fikir ke??
Allah telah tunjukkan dalam al Quran dua perkara pokok iaitu zina dan curi bagaimana nak selesaikannya... tapi malang orang Islam masih bodoh dalam hal ini.. tidak lain tidak bukan kerana mereka sombong dan takabur dengan Allah!
Sila layari
1 ulasan:
Idea bangang dan polis malas sebab dia orang nak peruntukkan anggota lebih kepada memantau pergerakan ahli politik dan penyokong Pakatan Rakyat.
Catat Ulasan