"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waw!! Senator Ezam dedah 3 rahsia besar

laniismaa
EzamMohdNoor
Ezam Mohd Noor, Senator Ezam masih ada rupanya, ingatkan dah menyepi terus. Sepanjang kempen pilihanraya baru-baru ini Ezam senyap-sunyi, mungkin kerana tak dapat jadi calon. Entah kenapa kini dia nak bersuara semula.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Senator ini berkata 3 perkara yang paling ditakuti Anwar. Kerana itulah Anwar menganjurkan siri perhimpunandi seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara tersebut.

Anwar nak pastikan ketiga-tiga perkara tersebut ‘dilenyapkan’ daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara, kata Ezam.

Tiga perkara tersebut ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berkaitan seks.

Itulah modal Ezam untuk bersuara kali ini setelah kebas punggungnya hilang setelah tak dicalonkan baru-baru ini. Ini modal Ezam setiap kali bersuara. Zahid Hamidi belum mendedahkan sesiapa terlibat dengan pencerobohan Lahad Datu tetapi Ezam mampu mendedahkan Anwar terlibat. - Lagi.MY

Tiada ulasan: