"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid Hamidi curah pasir dalam periuk nasi 1000 pekerja syarikat kawalan keselamatan

1000 hilang kerja syarikat keselamatan digantung
Bekas pekerja
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang rompakan bersenjata yang dilakukan pengawal keselamatan di salah sebuah bank di ibu negara. Akibat daripada peristiwa tersebut syarikat kawalan keselamatan tersebut telah ditamatkan lesen oleh pihak Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 31 Oktober 2013.

Saya salah seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan tersebut telah kehilangan kerja akibat tindakan KDN itu. Tidak adakah rasa belas kasihan pihak kementerian?

Sebelum ini banyak peristiwa-peristiwa seumpama yang berlaku tetapi tidaklah sampai menarik balik lesen syarikat tersebut.

Akibatnya hampir 1,000 orang telah kehilangan kerja. Bagaimana nasib kami dan apakah dosa kami.

Bukankah kementerian boleh memberi amaran terlebih dahulu dan memberi peluang?

Di dalam hal ini tidaklah patut menyalahkan pihak syarikat kami semata-mata. Memang pihak syarikat terlepas pandang isu pengambilan pekerja dan peraturan-peraturan berkaitan. Tetapi bagai mana orang asing sewenang-wenangnya memiliki IC (MyKad) palsu.

Adakah pihak KDN terlepas pandang juga ataupun mereka terlibat di dalam isu pemberian IC di sabah? Adakah pihak kami disalahkan dan dijadikan kambing hitam?

Sekarang kami terpaksa mencari pekerjaan baru di dalam keadaan barang harian yang semakin meningkat, lebih kesian kepada kawan-kawan kaum India yang akan menyambut Deepavali.

Nampaknya ‘slogan rakyat didahulukan’ hanya retorik semata-mata. Nampaknya sistem negara telah menggredkan manusia golongan atas akan dibela tapi kelas bawahan macam kami tidak akan dipandang pun. Inilah Malaysia.

3 ulasan:

TRUEMAN berkata...

Harakahdaily ni batu apikah? Tak takut Tuhan...? Memang ramai pengawal hilang kerja tapi biasanya amalan serapan kepada syarikat baru adalah amalan setiap syarikat kawalan keselamatan.. Apa yang zahid buat memang wajib... sebagai ingatan dan pengajaran. Mesti ada ketegasan sekarang sebab nanti kerajaan akan dipersalahkan pula... Bab rakyat hilang kerja... sejak bila Harakahdaily ( pembangkang) ambil kisah? sebelum ni tak peduli pun terhadap ribuan pekerja di syarikat yang kerajaan cuba selamatkan?

Unknown berkata...

BERANI BUAT BERANI TERIMA AKIBAT YANG DIA AMBIL PENDATANG ASING BUAT APA?

sizzly7761 berkata...

Bukan pekerja syarikat keselamatan yang perlu dibuang, tetapi Menteri ,KSU,KP JPN perlu di buang dulu! Punca masalah ialah IC palsu! Ke tiga-tiga ekor beruk 'matyeh' ni patut dibuang dari jawatan kerana gagal menjalankan tugas dan gagal mengesan IC palsu.