Mohd Sayuti Omar
Saya tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak mengatakan UBN akan kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-14 ekoran kenaikan harga barangan. Bebanan kenaikan harga barang tidak menjadi 'kudis gatal' pun kepada rakyat negara ini, hasnya rakyat di luar bandar. Kenaikan harga barang dilihat satu ketetapan alam semula jadi yang harus ditanggung bersama.
Ia telah dianggap sebagai fenomena biasa bagi rakyat negera ini yang diajar agar reda dan menerima segala takdir tanpa perlu dibahas. Itu sifaf orang Melayu yang pernah dikritik Dr Mahathir Mohamad dalam buku "Malay Dilema".
Sebelum ini telah berlaku berbagai kenaikan harga barang tetapi UBN tetap juga menang dan menguasai negara ini. Begitu juga dari segi prasarana dan kebajikan yang diterima rakyat berbanding dengan negara-negara lain jauh lebih rendah, tetapi ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Keadaan itu menjelaskan bahawa kenaikan harga barang tidak menjadi alasan dan kemarahan kepada rakyat.
Bukan sahaja kerana 'hilang bisa tegal biasa', tetapi pihak kerajaan juga pandai memujuk dan memberi penjelasan kepada rakyat. Mereka membuat perbandingan harga barangan di negara ini jauh lebih baik dari harga barangan di negara-negara lain. Dan rakyat negara ini yang mudah percaya apa saja cerita disalurkan kerajaan menerusi media rasminya tv dan akhbar, (media PB) menerima apa saja yang kerajaan perkatakan.
Kalau kerajaan mengatakan kambing berkaki satu dan boleh terbang seperti buruk pun, rakyat negara ini tetap akan mempercayainya.
Tahap kepercayaan rakyat negara ini kepada kerajaan cukup tinggi. Selain daripada kerana kebijaksanaan kerajaan (tanpa memperdulikan moral kerana menipu dan permainkan rakyat) ia juga ada kena mengenai dengan tahap pemikiran dan besar kecil otak rakyat negara ini. Sebagai rakyat dalam sebuah negara belum matang dan masa nilai tamadunnya mereka mudah diperdayakan. Inlah masalah dan faktor kenapa bangsa Melayu lambat berubah.
Tengoklah kepada unjuran atau statistik pencapaian dalam bidang ekonomi, kadar jenayah dan perbanding harga barang di negara ini dengan negara luar yang dikemukakan oleh kerajaan, ditelan bulat-bulat oleh rakyat persis ikan baung menelan tahi yang digental dan dicakukkan joran. Tingkat rakyat yang mempercayai itu bukan calang-calang orang tetapi penggerak agensi kerajaan, JKKK penghulu dan tok imam sendiri bahkan ada sebilangannya para pendidik, guru.
Satu masa dahulu tok imam, bilal dan siak sendiri menjadi pengedar kepada cvd lucah yang membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Penglibatan mereka ini boleh kita bayangkan dan menilai sejauh mana tohor dan dalamnya minda Melayu. Ia juga boleh disimpulkan sejauh mana tebal dan nipisnya iman dan ajaran Islam yang kita terima.
Jadi berdasarkan itu, kenaikan harga barangan keperluan asas, eletrik, tol dan sebagainya tidak menjadi faktor kepada rakyat untuk menolak kerajaan UBN. Naiklah seberapa yang mahu syaratnya berikan alasan sama ada ia benar atau pembohong, ia akan diterima. Bahkan mereka akan tetap mempertahankan kepimpin UBN hari ini yang bagi mereka adalah terbaik dan prihatin kerana memberikan mereka wang 1 Malaysia sebanyak RM500 hingga RM800 setahun.
Pemberian yang telah dimulakan setahun lepas itu akan dijadikan alasan atau petanda yang kerjaaan UBN baik walaupun ada pemimpin kerajaan sendiri menggelapkan dan memakan wang rakyat bernilai berbillion ringgit.
Jadi kepada pembangkang tidak perlu memberi kesedaran kepada rakyat agar menolak kerajaan disebabkan harga barangan naik. Kalau pembangkang dan kita semua manu melihat kerajaan yang hari ini disifatkan boros, pengkhianat dan zalim, ia bukan dengan menggunakan kenaikan harga barang sebagai alasan dan faktor untuk menjatuhkannya, tetapi apa yang boleh menjatuhkan kerajaan UBN ialah dengan memufliskan kerajaan yang ada hari ini. Biar rakyat merasa kesengsaraan sebenar hasil dari sebuah tindakan bobrok kerajaan.
Rakyat seperti rakyat negara ini yang degil dan bebal dalam memahami sesuatu akan sedar apabila mereka sudah kelemasan ataupun tangan dan jari mereka terbakar. Sesungguhnya sejak kira-kira 50 tahun ke mari rakyat Malaysia tidak pernah merasai kesengsaraan untuk memerlukan mereka bangkit membela diri sendiri. Mereka merasakan mereka bertuah dan maju walhal kalau mereka sedar dan insaf kemajuan dari kekayaan negara yang bakal dikecapi 1000 kali ganda dari apa yang dirasai kini.
Yang beriya untuk membela rakyat hari ini ialah pihak pembangkang sedangkan rakyat sendiri masih syok dan leka dalam ulikan kerajaan UBN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan