Roketkini
PETALING JAYA, 19 JAN: UMNO nampaknya memberikan respon berbeza-beza dalam isu diskriminasi terhadap wanita bertudung dalam kes SRJK(C) Nan Ya berbanding kes di KLCC September lalu.
“September lalu, status Facebook seorang wanita muslim bernama Mira Kamil tersebar luas apabila beliau berkongsi pengalamannya sebagai seorang wanita bertudung yang didiskriminasi di beberapa kedai terkemuka antarabangsa di KLCC,” ulas Bee Yin dalam satu kenyataan.
“Kisahnya itu kemudian disahkan oleh Harian Metro, dan dirakam dalam sebuah video YouTube, apabila salah seorang wartawan mereka menyamar untuk mencari kerja di kedai-kedai tersebut dan dinafikan atas alasan yang sama,” kata beliau.
Menurut Bee Yin, DAP berdiri teguh dengan prinsip bahawa seorang wanita Muslim tidak seharusnya didiskriminasi hanya kerana memakai tudung.
“Namun peliknya UMNO tidak bersuara langsung pada waktu itu,” ujarnya.
“Jika UMNO benar-benar pembela agama Islam, kenapa mereka berdiam diri apabila didepani syarikat antarabangsa bulan September lalu dan hanya berani buat bising apabila ia melibatkan rakyat biasa?” soal beliau.
“Kenapa ada dua standard dalam satu Malaysia?” katanya lagi sambil menyifatkan bahawa ini menunjukkan UMNO menggunakan sentimen kaum dan agama bagi memerah kepentingan politik dengan memberi kesan kepada keharmonian nasional.
Bee Yin yang juga Strategis Media Sosial DAP mengingatkan UMNO bahawa jurang antara kaum yang kian melebar di Malaysia tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan menyerang tetapi harus melalui rasa hormat antara satu dengan yang lain serta dialog yang sihat.
1 ulasan:
UMNO bukanlah sebuah parti berjiwa Islam. Kalaulah mereka kelihatan membela Islam itu hanyalah untuk politik. Dulu kini dan selamanya.
Ini adalah diantara pemikiran pemimpin2 kanan mereka sekarang ini.
1. Hudud tak boleh laksana. Zalim dan tak sesuai zaman ini.
2. Boros berlebihan. Rakyat susah tak apa, pemimpin mesti kaya. Kalaulah perbendaharaan tak cukup duit, naikan cukai atau potong sabsidi. Pemimpin tetap makan angin di luar negra.
3. Nak tunjuk islamik, buat mesjid cantik2. Letak JKKK sebagai AJK. Tak ada jamaah perkara lain.
4. Pemimpin2 UMNO disemua peringkat hanya bertugas sebagai tukang kipas bosnya saja. Haram halal, baik buruk tak penting.
5. Kalaulah mana2 rakyat marhaim menegur kerajaan atau pemimpin2nya untuk kebaikan, mereka adalah anti kerajaan dan boleh di tangkap. Islam suruh taat pemimpin.
6. Jabatan2 Kerajaan semuanya hanya berfungsi sebagai balaci UMNO saja tidak lebih dari itu. Rasuah adalah halal mengikut Bible mereka.
7. Kekayaan negara bukan lagi milik rakyat. Tapi milik pemimpin2 UMNO. Kalaulah harga barang2 naik, biasalah, negara lain pun harga barang naik.
8. Naikkan TOL bukan kerana menanpung kos penyelenggaraan, tapi sebab dalam kontrak dibolehkan. Walau pun untung sudah berbilion2 dan rakyat pula terpaksa membayar dengan duit anak sekolah.
Islam hanya ujud pada logo sahaja. Apa nak buat.... dah bagi cop jari dalam PRU13.
Catat Ulasan