"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Poster Pembela Najib Siap Dengan Bersenjata Ajak Rakyat Berkumpul

Omakkau
Biar betul!!!!!.. Heboh di alam siber bahawa poster pembela Najib siap dengan bersenjata ajak rakyat berkumpul sebagai tanda menentang penghinaan terhadap beliau.

Kini poster diatas sudah tersebar luas dialam maya seorang individu berpakaian pahlawan Melayu lama siap bersenjata parang dan pedang mengajak warga Melayu berhimpun beramai-ramai esok pagi di Tapak Parking Futsal sebagai tanda menentang kononnya gerak kerja yang menghina Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Penghinaan yang dimaksudkan besar kemungkinan serangan bertalu-talu bertali arus dari segenap lapisan rakyat dengan kenyataan yang dianggap menghina rakyat yang kini hidup tersepit dengan kos sara hidup yang semakin mencanak naik tinggi dengan memberi perbandingan harga kangkung turun rakyat tidak puji kerajaan UMNO/BN pimpinan beliau.

Jika dilihat akan ayat-ayat pada poster berkenaan memang amat rasis sekali .. Apakah penganjur mengajak rakyat Bani Melayu datang berhimpun dengan membawa senajata tajam?

Wajar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas diatas perhimpunan yang dianggap amat merbahaya kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

Mohon juga Mufti Perak keluarkan Fatwa tentang Perhimpunan Haram ini yang mengajak rakyat Bani Melayu membawa senjata tajam yang pasti mencetuskan huru hara jika benar-benar bakal terjadi.

Jika apa yang disarankan oleh Perkasa dan NGO-NGO yang sewaktu dengannya agar ISA dihidupkan kembali demi keselamatan dan ketenteraman awam maka pengajur perhimpunan inilah yang pertama patut ditahan dibawah ISA.

Apa-apa pun wajar tunggu keesokan hari jika benar poster ini mengajak orang Melayu berkumpul dengan bersenjata atau sekadar gimik murahan saja.

Tapi yang jelas keliru dan nampak pelik sikit pada poster ini ialah ayat yang sepatutnya Pantang Maut Sebelum Ajal tapi di Tulis Pantang Ajal Sebelum Maut .. tarikh sepatutnya 18 Januari 2104 (Sabtu) tapi di tulis 18 Januari 2013 (Sabtu)...18hb Januari 2013 ialah hari Jumaat.

Pengajur jenis semborono.

Tiada ulasan: