"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Said mudah dijinakkan oleh Najib, MB Pahang, Negeri Sembilan dan Perak mula kecut?

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Drama politik di Terengganu yang pada awalnya dijangka akan menjadi sebuah telenovela panjang yang ada babak menangis, ketawa, merajuk, gembira, dendam dan sebagainya, akhirnya hanyalah menjadi sebuah cerita pendek yang paling tidak menarik.

Datuk Seri Ahmad Said yang pada mulanya dianggap bengkeng dan gedebe, terkulai hanya tidak sampai 48 jam selepas mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas, tulis Shahbudin di dalam blognya.

Menurutnya, sebelum pengguguran Ahmad menjadi isu, turut dikaitkan sama ialah pertukaran beberapa pemimpin negeri lain seperti Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Baginya, dengan menggugurkan Ahmad dan kemudian dapat menjinakkannya, Najib kini tentulah dapat menarik nafas lega untuk melakukan perubahan yang seterusnya.

Sambil membayangkan Adnan Yaakob, Zambry dan Mohamad Hassan bukanlah seorang gedebe, keras kepala dan lebih mudah akur saja jika diarahkan berhenti, hasrat Najib mahu mewujudkan beberapa kerajaan negeri yang "benar-benar putih bersih" serta tiada cacat cela di pandangan rakyat pastilah menjadi lebih mudah selepas ini.

Tiada ulasan: