"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jutawan minyak mengurung dan menjadikan sembilan model wanita sebagai hamba seks sehingga melahirkan tujuh orang anak

MARBELLA, Sepanyol: Seorang jutawan warga Britain ditahan pihak berkuasa Sepanyol kerana didakwa mengurung dan menjadikan sembilan model wanita sebagai hamba seks sehingga melahirkan tujuh orang anak, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Jutawan tersebut, Shoja Shojai, 56, didakwa menggoda wanita terbabit dengan mendakwa dia seorang usahawan minyak dan mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Semua wanita tersebut yang berasal dari Eropah dan Asia termasuk Rusia, Jerman, Mongolia dan Kazakhtan memberitahu bahawa mereka menemui Shojai ketika belajar di sebuah sekolah fesyen di London.

Satu sumber berkata, sembilan wanita tersebut mendakwa mereka berjumpa dengan Shojai beberapa tahun lalu dan lelaki terbabit mempelawa mereka ke Sepanyol untuk mengembangkan karier sebagai model.

Bagaimanapun, apabila tiba di Sepanyol, semua wanita tersebut dikurung di dalam sebuah rumah mewah yang mempunyai 10 buah bilik di Marbella dan bergilir-gilir tidur dengan mangsa.

Wanita tersebut memberitahu polis, mereka hanya dibenarkan keluar dari rumah tersebut dengan diiringi seorang pemandu.

Kata sumber itu lagi, semua wanita terbabit terpaksa mengikuti arahan Shojai kerana dia mengancam untuk mencederakan anak serta keluarga mangsa.

Bagaimanapun, tindakan Shojai itu akhirnya terbongkar selepas salah seorang wanita tersebut menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Semua wanita dan anak mereka yang berusia sembilan bulan hingga tujuh tahun kini di bawah jagaan pihak berkuasa.

Shojai yang dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal siasat oleh polis atas tuduhan melakukan keganasan domestik menafikan dakwaan wanita-wanita tersebut. - Agensi/kosmop

Tiada ulasan: