"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tengku Adnan beri taklimat kepada semua ADUN BN, Ahmad Razif angkat sumpah sebagai MB Terengganu malam ini

PETALING JAYA: Pertukaran menteri besar di Terengganu hampir pasti berlaku apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan akan menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) petang ini.

Menurut sumber, perjumpaan di Hotel Primula, Kuala Terengganu akan berlangsung pada jam 3.30 petang ini.

“Tengku Adnan akan memberi taklimat kepada semua ADUN BN mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said,” katanya.

BN kini mempunyai 17 orang ADUN manakala Pakatan Rakyat mempunyai 15 orang ADUN.

Sumber itu menambah, Tengku Adnan akan memaklumkan kepada ADUN BN pilihan istana yang akan menjadi menteri besar yang baru,

Minggu lepas, The Star menyebut dua nama sudah dihantar ke istana untuk menggantikan Ahmad Said iaitu ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

Sementara itu, Berita TV3 jam 1.30 petang tadi mengesahkan Ahmad Said melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu bagi memberi laluan kepada Ahmad Razif sebagai Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Ahmad Razif dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu pada malam ini di Istana Maziah.

Tiada ulasan: