al-bahanj
Kita di hujung Dzulkaedah. Bagi sesiapa yang berniat melakukan korban, maka apabila masuknya 1 Dzulhijjah dia dilarang dari mencukur / mencabut / memotong bulu dan kukunya sampailah binatang korbannya disembelih. Justeru, potonglah siap-siap hari ini atau esok sebelum masuknya bulan Dzulhijjah!
Ini berdasarkan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiAllahu `anha yang maksudnya:
“Barangsiapa berniat akan berkorban, maka apabila telah kelihatan anak bulan Dzulhijjah, janganlah dia memotong apa-apa rambutnya/bulunya dan kukunya sehinggalah haiwan korbannya disembelih.”
(HR Muslim, no. 1977)
Maksud hadith di atas ialah kita dilarang dari mencukur/mencabut/mencukur rambut atau apa-apa bulu yang ada di tubuh kita. Kuku juga dilarang dari kita memotongnya. Ada sebahagian ulama kata maksud larangan tersebut ialah haram. Dan ada juga yang kata makruh.
Al-Imam an-Nawawi iaitu tokoh besar yang bermadzhab asy-Syafi`i mengatakan hukum larangan dalam hadith di atas ialah makruh. Tapi makruh di sini ialah makruh tahrim yakni makruh yang dekat dengan haram. Allahu A`lam. Jadi, ia penting untuk diambil perhatian. Setelah masuk 1 Dzulhijjah, maka tahanlah diri dari mencabut/mencukur/memotong rambut/bulu dan kuku.
Antara hikmah kepada larangan ini ialah supaya orang-orang yang tidak terlibat mengerjakan haji dapat merasai sama perasaan orang-orang yang sedang berihram yang terpaksa menahan diri dari memotong rambut/bulu dan kuku mereka.
Allahu A`lam.
- muzir.wordpress.com
*Bacaan tambahan:
Panduan Ibadah Korban
Keistimewaan 10 Hari Pertama Di Bulan Dzulhijjah
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan