"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP mulut longkang menyimpan dendam terhadap exco PAS?

Nurshakira Buang
Post PicSHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mungkin menyimpan dendam terhadap exco PAS, kata penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Zuraida semalam memberitahu beliau akan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar bilangan kerusi exco PAS dikurangkan daripada sebelum ini.

PAS sebelim ini diperuntukkan empat kerusi exco berbanding dua parti kompenan Pakatan Rakyat yang lain, masing-masing tiga kerusi sahaja.

Azizuddin berkata Zuraida SERTA PKR harus terima hakikat bahawa PAS memenangi lebih kerusi berbanding PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus melayakkan parti itu mendapat bilangan kerusi exco paling banyak.

"Tapi yang saya nampak ada rasa nak balas dendamlah sebab sokongannya tidak diberikan oleh PAS sepenuhnya.

"Bagi saya untuk mengekalkan hubungan yang baik dalam Pakatan dikalangan tiga parti ini saya rasa Zuraidah tidak perlu persoalkan isu empat atau tiga kerusi ke, itu bukan isu fundamental. Fundamental sekarang ini dia kena fikirkan kalau nak jadikan kerajaan yang kuat kena adanya PAS dan memikirkan BN lah sebagai lawan yang perlu diambil perhatian.

"Kena terima dengan hati yang terbukalah apa yang berlaku ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Zuraida pada Rabu bertegas PAS perlu menerima hukuman kerana enggan menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk dicalonkan untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

PAS menyifatkan Azizah sebagai tidak layak untuk menggalas tugas itu dan bertindak mencalonkan beberapa nama termasuk ADUN PAS untuk dinilai Istana Selangor.

Malah Azizuddin berkata Zuraida mahupun PKR harus berterima kasih kepada PAS kerana mengekalkan empat exconya sepanjang Selangor berada dibawah pemerintahan menteri besar peralihan, Tan Sri Khalid Ibrahim lebih dua minggu lalu.

Tindakan PAS itu menyebabkan Selangor masih teguh dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak jatuh ke tangan Umno BN.

"Kalau mahukan PAS kekal dalam PR untuk menubuhkan kerajaan yang mana PAS terlibat sama saya rasa bukan isu untuk kurangkan wakil PAS, Exco PAS malah boleh kekalkan yang sedia ada," katanya.

Jelasnya, isu yang berlaku di Selangor kini bukan hanya melibatkan PAS sebaliknya melibatkan semua pihak termasuk Istana.

"Isu yang melibatkan negeri Selangor ini bukan satu isu yang melibatkan PAS sahaja tetapi melibatkan semua iaitu PKR, DAP dan terutama sekali rakyatlah," tambahnya. 
-Antarapos-

Tiada ulasan: