"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS dapat 3 jawatan exco saja

SHAH ALAM: PKR mendapat tambahan satu kerusi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) yang diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Beliau mengumumkan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.
 
Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Da‎royah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari, sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.
 
Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Beliau memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan bersetuju supaya jawatan itu disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.


Tiada ulasan: