"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!! Wakil UMNO S'gor Dedah 3 Sebab Kenapa BN Kalah Di S'gor

Kekalahan Barisan Nasional (BN) di Selangor selama dua penggal dari tahun 2008 boleh merebak ke negeri lain jika UMNO lalai dan tidak berada dalam keadaan siap siaga.

Wakil UMNO Selangor yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kekalahan BN Selangor disebabkan tiga faktor iaitu kesilapan pucuk kepimpinan memilih calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri, dua nakhoda satu kapal dan pengundi Melayu ‘dicuri’ pihak tertentu dengan memindahkannya ke bahagian atau negeri lain.

Kata beliau, isu dan kesilapan itu telah meletakkan Selangor dalam keadaan sukar untuk memulihkan semula seperti sebelum tahun 2008.

“Walaupun Pakatan Rakyat (PR) Selangor lebih retorik dalam pentadbirannya sejak lima tahun lalu tetapi UMNO dan BN masih berdepan dengan kesukaran untuk menembusi kubu kuat pembangkang,” katanya berucap menyokong ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung AMNO 2014 di PWTC di sini hari ini. (MG)

Tiada ulasan: