Khairil Ashraf
“Apa bezanya antara PR dan BN?
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kata-kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menolak Kidex dan kononnya bersama-sama penduduk di kawasan terbabit kekal retorik semata-mata demi menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.
Penyelaras SAMM Kebangsaan Asrul Nizam Abd. Jalil, isu Kidex ini telah menjadi sebaliknya dan Azmin yang menjawat jawatan itu menyatakan bahawa projek itu akan diteruskan serta disokong oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
Tambahnya, lebih parah Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli telah melakukan acara menjelajah ke seluruh negara kononnya isu Kidex ini merupakan projek UMNO dan turut tidak ketinggalan Tony Pua
Beliau berkata, Azmin tidak ikhlas untuk memperjuangkan hak rakyat.
“Belum pun lebih sebulan Menteri Besar “terjah” ini memegang kuasa, belangnya sudah mula terpamer. Hipokrasi Menteri Besar terjah ini bukan hanya terungkai di dalam isu Kidex sahaja.
“Tetapi juga dalam isu bekalan air Selangor. Satu lagi putar alam apabila kini mengatakan tidak akan membatalkan perjanjian tersebut supaya rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang cukup di masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kesemua isu ini merupakan hujah yang diutarakan oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu mempertahankan dirinya sebelum ini.
Asrul mendakwa, sedikit demi sedikit segala isu telah terungkai dengan sendirinya dan segala cerita sebelum ini merupakan imaginasi yang direka Rafizi Ramli dan pasukannya.
“Mengapakah satu pembohongan yang nyata dicipta oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agenda reformasi? Kononnya parti ini menolak politik fitnah tetapi sebaliknya begitu ghairah melakukannya untuk membunuh karakter politik terhadap individu yang tidak sehaluan dengan mereka.
“Apa yang jelas, rakyat Selangor telah disongsangkan oleh tiga orang badut politik – Azmin, Rafizi dan Tony Pua. Maka apakah bezanya PR (Pakatan Rakyat) dan BN (Barisan Nasional)?,” soalnya.
-fmt-
2 ulasan:
Jgn lah pukul kromo aje.
Ada baik nya dihayati/selidik sapenuhnys fakta2 yg dikatakn 3 pemimpin PR tu telah menipu rskyat dengan isu air dn kidex.
Jika dianggap mereka badut politik yg tk punyai integrity,diri yg menabur buruk sangka yg tidak berpaksikn kebenaran nnti akn digelar badut celupar perosak kebaikan.
Kita perlu bersangks baik dlm masa menyesuaikn jawatan (honeymoon period) sakurangnya 100 hari.
Jika tk sempurna mska kenalh kita tegur dn baiki keadaan.
Wassalam.
Kerajaan Selangor harus membuktikan kejujurannya dengan mendapatkan perintah Mahkamah untuk menDEDAHkan kandungan kedua-dua Perjanjian KIDEX dan LANGAT 2 kehalayak ramai. Tindakan demikian diperlukan bukan saja untuk menguji sejauh mana PR jujur terhadap pengundinya, tapi juga bagi membolehkan kita menilai kesanggupan pihak Mahkamah mempertahankan kepentingan ramai.
Feedback seterusnya diperlukan untuk mencorakkan arah undi kita diPRU 14 nanti.
Catat Ulasan