"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin berfikir besar: Erdogan ingin ubah istana besar jadi kompleks masjid

Harakahdaily
PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Jumaat berkata beliau akan segera menamakan istana presiden barunya dengan mengguna pakai nama sebuah masjid kekhilafahan.

Erdogan mengatakan dalam sebuah pidato di Ankara bahawa Istana Presiden yang dikenali sebagai 'Kulliye' Presiden dan akan berfungsi sebagai masjid, pusat aktiviti Islam dan perpustakaan raksasa nasional.

"Berfikir besar adalah bukan pekerjaan orang kecil," kata Erdogan dipetik laman web Eramuslim.

Kulliye (istana) itu merupakan bangunan sekolah, tempat makan, hotel dan bilik mandi yang mengelilingi kawasan masjid dan semuanya akan diuruskan oleh masjid.

Erdogan, seorang Muslim yang telah mendominasi politik Turki selama lebih dari satu dekad, telah dituduh oleh lawan sekulernya bahawa beliau mengenakan Islamisasi kepada masyarakat sekular Turki.

Beberapa masjid kekhilafahan Uthmaniyyah di Istanbul dan tempat lain mempunyai bangunan yang sangat mengesankan dan nampaknya Erdogan ingin menghidupkan kembali kepada kejayaan tersebut.

Erdogan membuka istana presiden barunya 'sangat kontroversi' di pinggiran Ankara pada bulan Oktober. Istana itu mempunyai 1,150 bilik dan dibina dengan kos kira-kira 490 juta euro ($615,000,000).

Beliau mengatakan bahawa istana itu adalah simbol dari Turki moden. Tapi pihak penentangannya mengutuknya sebagai bentuk pembaziran. 

Tiada ulasan: