"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita kakitangan awam cedera parah dimuka diserang ketika membuat kerja lebih masa di pejabatnya Putrajaya (Gambar)

cabul2PUTRAJAYA: Hasrat wanita malang ini melakukan kerja lebih masa di pejabat berakhir tragis apabila dia cedera parah diserang seorang lelaki yang berhasrat mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kakitangan awam terbabit nyaris maut diserang seorang lelaki di bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, Jumaat malam.

Wanita malang terbabit cedera parah di bahagian muka dan berlumuran darah ketika ditemui orang ramai, MalaysiaGazette.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu dipercayai dilakukan seorang juruteknik di bangunan yang sama yang cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan yang menempatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta lampu di pejabatnya di tingkat 24 tidak dimatikan bagi membolehkannya meneruskan kerja lebih masa di pejabat.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan naik ke pejabat mangsa dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.

Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa dipukul di kepala sehingga berdarah. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri.

Suspek ditahan selepas berlakon mahu membantu mangsa, tetapi gagal. Gambar kanan: Mangsa parah dipukul oleh suspek di kepala hingga berlumuran darah dan trauma.
Bagaimanapun, mangsa berjaya melepaskan diri dengan merangkak kesakitan ke kafe dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.
Lelaki yang bekerja sebagai juruteknik elektrik itu didakwa memukulnya kebetulan turut berada di kafe dan berpura-pura terkejut melihat kejadian itu dan menyangka wanita itu tidak mengecamnya kerana kejadian berlaku di dalam gelap.

Bagaimanapun, mangsa mengenali suara lelaki terbabit dan meminta orang ramai yang berada di situ menangkapnya. Mereka yang berada di kafe itu juga mendapati percikan darah juga masih terdapat pada baju dan cermin mata lelaki terbabit.

Lelaki terbabit kemudiannya ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: