"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Erdogan buang gambar Kamal Ataturk

HARAKAHDAILY
PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan kembali menjadi perbincangan hangat di dunia maya setelah orang no 1 di Turki ini menukar foto pengasas negara Republik Turki, Mustafa Kemal Ataturk di ruang kerjanya.

Dalam posting pejabat berita aljazera Live Mesir dari Turki yang diterbitkan di laman jejaring sosial Facebook pada 10 Januari lalu, Erdogan menukar foto Mustafa Kamal Ataturk dengan gambar Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menakluki Konstantinopel.

Dipetik laman web Eramuslim, banyak pujian yang dilontarkan pengguna media sosial Facebook kepada Erdogan yang dengan berani menukar simbol pengasas Republik Turki tersebut.

Sebelumnya pada hari Isnin (12/01) minggu lalu dalam sambutan lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Erdogan juga menukar baju seragam pengawal istana negara dengan seragam empayar Ottoman. (Aljazera Live Mesir/Ram)

Berikut link gambar tersebut:


(Presiden Erdogan menurunkan gambar Ataturk yang menjatuhkan khilafah Islam dan bukannya menaikkan gambar Sultan Mehmed yang membuka Constantinople)

Tiada ulasan: