"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada sesuatu 'membusuk' dalam Malaysia - Mahathir

Wujud badan pentadbiran tambahan dalam kerajaan yang mencetuskan kekeliruan kepada orang ramai dan para pentadbir.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tadbir urus negara sebagai “berbau busuk” kerana ia tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya.

Menurut beliau, pentadbiran kerajaan tidak penting berbanding “badan pentadbiran tambahan” yang telah ditubuhkan sehingga mencetuskan kekeliruan di kalangan orang awam.

Malah lebih buruk jelasnya, keadaan tersebut mengelirukan kakitangan pentadbiran sendiri kerana “mereka tidak mengetahui apa yang dikehendaki daripada mereka apabila polisi dan keputusan dibuat oleh badan khas.”

Menulis dalam blognya, chedet.cc bekas Perdana Menteri itu menyatakan, para pengkritik kini berdepan dengan serangan media arus perdana melalui individu tertentu dan ahli-ahli politik kecundang.

“Para pengkritik berdepan dengan risiko harta dirampas dan dilelong, mereka mungkin dimufliskan,” tulis beliau.

Malah katanya, beliau sendiri didakwa memaksa kerajaan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dibuat “dan banyak aduan mengenai negara yang mendatangkan bau busuk.”

Bagaimanapun secara sinis Dr Mahathir menyatakan, “Jangan risau. Kita akan biasa dengan bau itu.”

Beliau memulakan penulisan dengan memetik kata-kata Marcellus dalam karya terkenal William Shakespeare, Hamlet, “ada sesuatu yang membusuk di dalam Denmark.”

Menurutnya, berdasarkan aduan oleh rakyat mengenai Malaysia maka boleh diandaikan ada sesuatu yang membusuk di negara ini.

“Ada aduan-aduan ini sampai kepada saya. Saya berharap saya diberikan kesempatan menghalusinya dalam blog saya ini. Orang ramai boleh membuat keputusan sama ada terdapat perkara yang membusuk,” ujarnya.

Salah satu aduan yang dimaksudkan kata Dr Mahathir, ada pihak yang mengadu bahawa “Kerajaan enggan membayar mereka untuk kerja yang dibereskan untuk Kerajaan.

“Sentiasa ada pertikaian sama ada Kerajaan berhutang dengan mereka. Jika mahkamah memutuskan Kerajaan perlu membayar, maka akan ada pertikaian mengenai jumlah (bayarannya),” jelas beliau.
-fmt-

Tiada ulasan: