Tranungkite
Sebelum ini kita telah mendengar seorang bekas pilot bukan beragama Islam beralih kepada Islam setelah beliau mengalami sendiri satu kejadian dimana awan mengiringi jenazah Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Nor.
Hari satu rakaman video secara sepontan oleh seorang facebooker menggunakan nama Solehhuddin Al-Ayyubi telah merakam awan mendung mengiringi jenazah Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Saya tak mahu komen panjang sekadar membuat pengkongsian video rakaman fb berkenaan.
Petikan pada FB berkenaan:
Video jenazah beliau di ampu org ramai smpai ke pusara beliau.. Apa yg menarik dlm video ini, kelihatan awan mendung berarak bersama jenazah beliau.. Sy perhatikn awan mendung ini sentiasa berada tepat di atas jenazah beliau di usung.. Beruntunglah wahai tuan guru.. Betapa Allah memuliakan jasad pejuang agama ini.. Allahu rabbi.. First time nmpak awan mendung berarak n sy record sendri..
Rakaman dengan quote "Alam pun turut berduka dan seakan memahami..
Bah besar membanjiri Malaysia baru-baru ini..
Beratus burung berterbangan di atas rumah beliau pagi ini...
Dan kini... sekelompok awan besar yang redup menaungi upacara pengebumian.. memberi kenyamanan pada hadirin...
Allahuakbar.. matikan kami semua dalam husnul khatimah dan istiqamah dalam perjuangan Islam.. Aamiin" - Syahadatul Hafizah UmmiSolehah
-----------------------------------
Suasana mendung tatkala Nik Aziz dikebumikan
Faiz Zainudin
KOTA BAHARU: Suasana sayu ketika jenazah Datuk Nik Abdul Aziz Bik Mat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi tadi dikejutkan dengan kejadian awan mendung secara tiba-tiba tanpa setitik hujan pun seolah-olah melindungi jenazah daripada terkena sinaran panas terik.
Persekitaran yang turut menjadi dingin dengan angin kencang itu disambut dengan laungan ‘Allahuakbar’ berkali-kali oleh orang ramai beragama Islam di tanah perkuburan yang menganggapnya sebagai satu kejadian luar biasa.
Tidak ketinggalan ramai daripada mereka yang tampil merakam gambar foto dan video berdurasi lebih dua minit yang sedang menjadi viral di laman sosial.
Video bertajuk “Awan mendung mengiringi jenazah TGNA” itu sedang menerima ratusan komen dalam laman sosial menyatakan ia sebagai tanda Allah cintakan beliau.
-fmt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan