"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NYT: Invois barang kemas Rosmah bernilai jutaan dolar

KUALA LUMPUR 9 FEB- Akhbar The New York Times hari ini mendakwa ia memiliki salinan invois pesanan barang kemas oleh Datin Seri Rosmah Mansor di Hong Kong pada 2008 dan 2009 bernilai berjuta-juta dolar.

Perkara itu dinyatakan dalam artikel panjang disiarkan akhbar berkenaan mengenai kekayaan jutawan muda, Taek Jho Low – yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Episod ketara melibatkan beg Birkin, satu siri gambar yang menjadi viral di laman sosial Malaysia menunjukkan Rosmah memegang sekurang-kurangnya sembilan beg tangan. Ia biasanya berharga antara $ 9,000 dan $ 150,000 seunit.

‘Invois dan dokumen lain yang diperoleh oleh The Times menunjukkan berjuta-juta dolar dalam pesanan Rosmah di Hong Kong pada tahun 2008 dan 2009 – berlian dan zamrud cincin, dan berlian, zamrud dan gelang delima,” lapor akhbar itu.

Akhbar itu turut melaporkan Najib ”menerima harta pusaka” sebagai sumber kekayaannya, dengan memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sewaktu menjelaskan sumber kekayaan tokoh politik itu.

The New York Times turut menyiarkan kenyataan PMO dalam laporannya berkaitan Jho Low yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.

Jho Low dilaporkan membantu anak tiri Najib, Riza Aziz untuk membeli kondominium mewah di New York dan membiayai penerbitan filem Hollywood yang dilakukan Riza.

“Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London.

“Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan Dumb and Dumber To,” akhbar itu dipetik.
-kd 

Tiada ulasan: