"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gila ke apa? ngaku mempraktikkan Islam tetapi tak mahu hudud

senik
Assalamualaikum,
Apabila membaca komen Noor Farida yang berbunyi; 'Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang Hudud' secara spotan hati ini berkata gila ke apa? Mana ada orang Islam yang nak praktik Islam tetapi tak mahu hudud? Sebab hudud itu sebahagian Islam, macama mana ada pulak orang Islam yang memandai mengubahsuai ugama mengikut seleranya?

Islam itu penyerahan diri secara total, tiada bantahan, tiada persoalan.Penyerahan diri yang bermaksud menerima seluruh perintah ALLAH, bukan menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.Pun begitu kalau masih ada umat Islam yang menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain bermakna masih ada umat yang mengikuti jejak Yahudi seperti dijelaskan olih Al-Quran.Mungkinkah Noor Farida merupakan antara pengikut yahudi?

Apa yang bolih diamati, Noor Farida berkemungkinan besar mendapat pendidikan cara yahudi dan percaya didikan yang diterimanya benar sebagaimana benarnya dakwaan beliau bahawa undang undang zina dalam hudud sudah lapuk, undang undang yang tidak maju seiring kemajuan manusia di abad ini.Kemegahan dengan kemajuan manusia merupakan sebahagian kesombongan Yahudi yang nampaknya diresap olih Noor Farida sehingga beliau lupa bahawa kemajuan manusia gagal menyekat umurnya yang semakin tua dan sedang berada dalam kelompok rumah kata pergi kubur kata mari.

Suara suara Yahudi yang menolak suruhan ugama sudah sering kita dengar dari mulut orang orang yang mengaku Islam.Mungkin hari ini kita dengar lagi dari seorang yang perasan hebat walaupun tidak menyedari usianya semakin meningkat.Entahlah apa sebenarnya perasaan terhadap orang orang seperti ini, samada ingin rasa kesian atau..............

Menjawab kenyataan Noor Farida berkait isu hudud
MOHD NASAIE ISMAIL
Saya merujuk kenyataan Datuk Noor Farida Ariffin jurucakap G-25 berkait isu hudud.
1. Kenyataan beliau bahawa, "pesalah laku seks kanak-kanak akan berkerumun di Kelantan kerana di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa".

Kenyataan ini sangat prejudis, menghina dan jauh daripada bersifat ilmiah. Sepatutnya beliau yang berucap mewakili golongan cendikiawan G-25 berhujah secara rasional dan bukan dengan sentimen yang penuh buruk sangkanya terhadap hudud. Rujukan beliau bahawa pesalah rogol akan mudah terlepas hukuman disebabkan hanya empat saksi diterima dan bukti saintifik ditolak, jauh menyimpang daripada maksud sebenar. Beliau memberi gambaran mudahnya perogol dibebaskan, sedangkan banyak peringkat hukuman lain seperti takzir yang akan dilalui oleh pesalah tersebut. Tambahan pula empat saksi hanya diperlukan untuk sabitan kes zina. Manakala rogol adalah kes yang berlainan. Ia boleh disabitkan dengan:
a) Hudud (kerana zina)
b) Hirabah (kerana memeras)
c) Qisas (jika mencederakan atau menyebabkan kematian)
d) Diat (denda gantirugi)

Kepelbagaian kes ini boleh disabitkan melalui pelbagai kaedah mengikut pertuduhan. Ertinya kes rogol adalah jauh lebih mudah disabitkan berbanding kes zina.

Saya keliru, kerana selama ini beliau mempromosikan Malaysia yang sederhana dan menolak tindakan ekstrim yang akan merosakkan masa depan Malaysia. Tetapi ucapan beliau tersebut menggambarkan beliau sendiri terjerumus kepada bersikap ekstrem, emosional dan berlaku tidak adil kepada pihak lain.

'Pedofil akan membanjiri Kelantan jika hudud dilaksana' - Noor Farida
2. Kita juga menuntut Datuk Noor Farida kemukakan satu solusi penyelesaian kepada jenayah yang berleluasa dalam negara kita. Jika anda menolak hudud sebagai penyelesaiannya, adakah ada solusi yang lain yang boleh dikemukakan yang terbukti berkesan mencegah jenayah dan beri keadilan kepada semua pihak.
3. Pemuda PAS Malaysia juga menjemput Datuk Noor Farida Ariffin untuk berdialog berkenaan isu hudud ini untuk menjelaskan kekeliruan dalam hal ini. Harapan kami agar pelawaan ini diterima sejajar dengan perjuangan beliau untuk melihat Malaysia yang lebih sederhana, bebas ekstrimisme dan memberi keadilan untuk semua pihak.

8.45 pm
7 Februari 2015

Penulis ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia.

Noor Farida
NOOR FARIDA: Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang Hudud

Tiada ulasan: