"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Altantuya selesai: Sirul dah dapat apa yang dijanjikan?

Tranungkite
Sirul bina kehidupan baru di Brisbane
PETALING JAYA: Belum bersedia untuk mendedahkan apa-apa mengenai tuduhan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu, tetapi bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK) Sirul Azhar Umar mempunyai perkara lain untuk dikongsi bersama.

Sirul yang kini ditahan di pusat tahanan memberitahu bahawa dia sangat selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh Imigresen di Brisbane di Australia.

Menurutnya keadaan di pusat tahanan di situ jauh berbeza dengan pusat tahanan di Malaysia kerana di sana, pelbagai kemudahan untuk kegunaan tahanan disediakan.

“Ia dilengkapi tempat riadah, gimnasium, peralatan komputer dan kemudahan telefon yang mencukupi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sirul juga memberitahu pusat itu lengkap dengan kemudahan sukan seperti gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, kemudahan perpustakaan, bilik muzik, dapur sendiri, televisyen, video, sauna dan banyak lagi yang ternyata cukup hebat.

“Mereka (Imigresen di Brisbane) telah menjaga saya dengan begitu baik dengan menyediakan tempat yang cukup selesa di samping membantu saya membina kehidupan baru di sini,” ujar bekas penjawat awam berpangkat koperal itu.

Walau bagaimanapun, Sirul masih tidak memberikan sebarang pendedahan mengenai motif pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Sirul turut memberitahu bahawa beliau akan membuat pendedahan pada suatu ketika yang sesuai dan bukannya dalam masa yang terdekat.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Semoga kes ini ada kesudahannya dan yang bersalah dihukum. Kesian mangsa.

Car Coating