"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah mereka ini polis ataupun penjenayah?

V Shuman
SEPINTAS LALU: Lelaki jahat yang menyamar sebagai anggota polis lantas merompak orang awam merupakan kebiasaan di Malaysia. Banyak kes seperti itu dilaporkan di media.

Pengguna Internet Adnan Abdullah baru-baru ini menceritakan kisahnya bertembung dengan kumpulan seperti itu di Lebuhraya Lekas, pada hujung minggu lalu.
Di dalam coretan di laman Facebook, Adnan berkata dia nampak sebuah Proton Preve - seakan yang dipandu pegawai penyiasat polis, meletak pelekat PDRM di pintu kereta, tetapi kemudian pelekat itu ditanggalkan.

"Ahad lalu, ketika menggunakan Lekas (arah ke KL), saya nampak kereta, yang mendatangkan syak.

"Sebelum tiba di plaza tol pertama, lelaki membuka tingkapnya dan meletak pelekat di pintu kereta. Dia kemudian melalui tol tanpa membayar operator/jurutol.

"Selepas melepasi tol, dia menanggalkan pelekat tersebut."

Menyaksikan insiden itu menyebabkan Adnan sangsi, dan dia mula mengekori Preve tersebut. Tiada indikasi kenderaan itu milik PDRM.

"Saya terfikir mungkin mereka penipu yang menggunakan logo polis bagi mengelak membayar tol."

"Saya mengekori secara dekat dan apabila sampai ke tol seterusnya, pemandu melakukannya sekali lagi...meletak pelekat dan berlalu tanpa membayar tol. Kemudian selepas menanggalkan pelekat, pemandu dan rakan di sebelahnya kelihatan tersenyum."

Adnan memuatkan lima foto Preve yang dimaksudkannya. Kereta itu jelas tiada pelekat PDRM di pintu hadapan.

"Masalahnya, taktik serupa mungkin digunakan bagi melakukan rompakan.

"Saya tak pasti samada PDRM menggunakan kaedah itu semasa menyamar, tetapi seingat saya, semua kereta PDRM ditanda...tiada pengecualian. Saya perlu lapor perkara ini kepada polis."

Coretan Adnan mendapat 700 perkongsian.

Ramai yang tertanya mengapa dia tidak merakam insiden dalam bentuk video.

Adnan berkata Preve itu dipandu laju dan dia sukar mengekori kereta tersebut kerana hari hujan.

Memang sewajarnya Adnan bimbang dengan insiden yang berlaku.

Setahu saya, selama lima tahun menjadi wartawan di segmen jenayah, terdapat beberapa jenis kenderaan polis.

Satu yang lengkap dengan pelekat dan siren. Satu lagi kereta Preve (dahulu Waja) yang lengkap dengan pelekat PDRM di pintu depan dengan dua pelekat kecil memberi indikasi samada KL, BA: Bukit Aman dan sebagainya. Ini terletak di bahagian kanan bonet belakang.

Dan ada juga kereta tanpa pelekat yang digunakan bagi pengintipan.

Namun saya tak pernah saksikan pelekat boleh ditanggalkan ketika kereta dipandu. Jika pemandu Preve benar-benar polis, apa yang dilakukan adalah kesalahan.

Sekiranya mereka sedang melakukan intipan, mengapa tanggal dan letakkan pelekat tersebut di tol? Mereka sebenarnya boleh menunjukkan kad kuasa kepada operator tol/jurutol.

Ada kemungkinan mereka penipu seperti yang dibimbangi Adnan.

Adakah mudah bagi orang awam mendapatkan pelekat PDRM?

Pada Februari tahun ini, diberitakan 30 baju dengan lambang polis dicuri dari kedai dobi di Shah Alam.

Adakah penipu yang dilihat Adnan merupakan perompak? Bagaimana jika mereka mendapat baju dengan logo PDRM pula selepas ini?

Kereta Preve yang dilihat Adnan bernombor pendaftaran:
W 6021 U

Pihak berkuasa perlu pantas memeriksa samada ia milik polis.

Jangan sampai insiden ini berulang sekali lagi, samada mereka polis atau sebaliknya. 
-antdaily-

Tiada ulasan: