"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang wanita hutang nyawa dengan tujuh lelaki (video)

7 lelaki,1 perempuan
PETALING JAYA: Tujuh lelaki dianggap wira selepas bertindak segera menyelamat seorang pemandu perempuan selepas kenderaannya terjunam ke dalam sebuah tali air dekat Ayutthaya, Thailand.

Video yang dimuat naik menunjukkan mereka berhempas pulas menaikkan semula kenderaan berwarna putih yang terbalik dengan empat tayar ke atas.

Ketika itu mangsa masih terperangkap di tempat duduk.

Sebaik kedudukan kenderaan berkenaan berjaya distabil, salah seorang daripada mereka bertindak membuka pintu untuk menyelamat dan kemudian menggeluarkan mangsa.

Rakaman visual yang dimuat naik Bangkok Post itu kemudian mendapat pujian orang ramai dan menyifatkan kumpulan lelaki berkenaan sebagai wira.

Memetik laporan portal berkenaan, salah seorang daripada lelaki berkenaan berkata mereka tidak fikir soal dompet dan telefon dan terus meredah air sebaik kenderaan itu jatuh ke dalam terusan.

“Salah seorang penyelamat memberitahu nyawa orang lebih penting daripada barang peribadi,” tulis Samsib Singha.

Katanya, salah seorang daripada mereka memberitahunya, dia hilang kunci kereta yang berharga 20,000 dan hanya ketawa.

Saksikan video di sini
-fmt-

Tiada ulasan: