"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar) Gadis16 tahun dibakar hidup-hidup dengan disorak oleh puluhan penduduk kampung

MANGSA terbaring sebelum disimbah minyak dan dibakar
Guatemala City: Seorang gadis berusia 16 tahun dibakar hidup-hidup dengan disorak oleh puluhan penduduk kampung.

Kejadian ngeri dan kejam itu terkandung dalam klip video selama empat minit 38 saat yang tersebar di Guatemala.

Ia menunjukkan gadis berkenaan dengan darah mengalir di mukanya selepas ditumbuk dan ditendang sebelum dia dibakar.

Menurut laporan, gadis yang namanya tidak disiarkan itu dikepung di Kampung Rio Bravo, 124 kilometer ke barat Guatemala City selepas didakwa terbabit dalam pembunuhan seorang pemandu teksi roda tiga.

Dia dan dua lelaki lain dituduh menembak mati Carlos Enrique González Noriega, 68, sebelum merompak mangsa dan melarikan diri.
-hmetro-

Tiada ulasan: