"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Husam Jalani Rawatan Penyakit Bell's Palsy

PETALING JAYA: Pemimpin politik PAS, Datuk Husam Musa yang bertanding untuk jawatan naib presiden menjalani rawatan Bell's palsy pada bulan lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu memilih rawatan tradisional akupunktur dan kini sedang dirawat di sebuah klinik swasta di Puchong yang terkenal dengan rawatan perubatan tradisional Cina.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang melawat Husam beberapa minggu lalu memberitahu bahawa beliau kini dalam proses pemulihan serta boleh berjalan dan bercakap.

"Doktor menegaskan dia perlu berehat dan tidur sebanyak yang mungkin," kata Wan Rahim.

Husam tidak dapat bergerak sejak kempen pemilihan PAS bermula tetapi Wan Rahim berkata Husam harus segera baik untuk menghadiri muktamar PAS di Kuala Selangor dari 4 hingga 6 Jun ini.

Bell'’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Ia menyebabkan kelemahan atau lumpuh di sebelah muka dan boleh menyebabkan bahagian muka untuk terasa berat di sekitar mata dan mulut.

Wan Rahim berkata Husam telah dirawat di klinik akupunktur selama hampir sebulan.

Husam mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PAS minggu depan.
-mstar-

2 ulasan:

Boggart berkata...

,

,

Brader husam

kalau tak baik juga hingga kini, sila

pergi Hospital Tong Shin dan minta treatmet

MOXIBUSTION. Ia melibatkan cheroot herba dibakar di muka

dan kemujarabannya bagus dan cepat. Mungkin bolih dapat rasa

normal selepas beberapa jam. Proses ini di akui dek

pakar omputih university London


kkk
,

,


,

masri mohamad berkata...

Assalamualaikum..
Semoga saudara Husam cepat sembuh..
Saya pernah mengalami Bell Palsy..
Saya berubat secara tradisional (berurut).di Paroi, Seremban.
Alhamdulillah...skrg dah pulih.