Aishah luah kekecewaan terhadap Pas
FMT
Perubahan sikap pemimpin Pas menjadikan slogan 'Pas For All' tidak lagi relevan dan menjadi satu jenaka.
PETALING JAYA: Bekas penyanyi, Aishah, meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan muktakhir dalam Pas yang disebabkan sikap sesetengah pemimpin parti itu.
Katanya, melihat perubahan ketara yang berlaku dalam Pas, dia tidak lagi pasti parti itu mampu mentadbir negara.
Aishah berkata, sikap pemimpin juga tidak lagi menepati slogan ‘Pas for All’ dan telah menjadikan slogan itu sebagai satu jenaka.
Sebagai orang baru dalam Pas, Aishah berkata, dia terkejut dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang dilabel ulama tetapi menggunakan bahasa kesat.
“Sebagai org baru…sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama… rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya …, ” katanya seperti dilaporkan beberapa blog pro Pakatan Rakyat.
Petikan luahan Aishah itu disebarkan secara meluas di laman sosial dan hangat dibincangkan di kalangan penyokong pro ulama dan liberal dalam parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam program dialog “Bicara Harakah” minggu lalu dilaporkan mengunakan perkataan kesat “tolol” bagi merujuk kepada pihak yang menuduhnya mahu berpecah dan tidak mahu hadir mesyuarat Pakatan Rakyat.
Aishah berkata, dia tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi kecewa dengan perkembangan yang berlaku dalam Pas yang kononnya memperjuangkan Islam.
Katanya, sikap pemimpin yang bergaduh sesama sendiri membuatkan orang bukan Islam hilang hormat terhadap parti itu.
“Saya tak kecewa dgn perjuangan Islam tetapi sy kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangan Islam…ini ke akhlak yg nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from…”, katanya.
-fmt-
1 ulasan:
Hanya yg jahil shj..kami masih setia.
Catat Ulasan