"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengapa PAS semudah itu diputar- belit Umno? - Husam Musa

Husam Musa
Perutusan YDP Kubang Kerian untuk Majlis Penerangan Dan Dialog Isu-Isu Semasa PAS Kubang Kerian 25 Ogos 2015

Assalamualaikum wrbt
Al Fadhil Penceramah Jemputan, YB TPJ, Saf Pimpinan Kawasan & Para Hadhirin
Saya alukan kedatangan tetamu dan majlis ini.
Saya masih berkeuzuran. Namun begitu memandangkan majlis ini adalah penting, sayugia saya selaku orang tua yang dimanahkan mengetuai Kawasan Kubang Kerian, adalah penting untuk memberikan sedikit kata-kata bagi majlis ini.

Pertama, saya berharap ada dialog dua hala yang terbuka antara penceramah dan ahli Pas Kubang Kerian supaya segala kekusutan dapat diselesaikan umpamanya ;
1) Akta 355 dimana dikatakan akta ini hanya satu alat politik bersama dengan UMNO untuk memecahbelahkan parti, merosakkan imej PAS dan melemahkan kedudukan PAS. Selepas dijanjikan Akta ini dibawa sebagai Private Member's Bill yang akan dibentangkan pada Sidang Parlimen bulan April dan kemudiannya bulan Jun kemudian lagi bulan November, dua sesi Parlimen telah berlalu dengan kehampaan seakan PAS telah dipermain oleh UMNO.

Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit oleh UMNO?

Mengapa bill ini dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan diputuskan utk diserahkan semula kpd kerajaan Pusat.

Dan seribu soalan lagi !

2. Menjelang Muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam telah berlaku.

Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat?

Adakah ini dibenarkan oleh Islam?

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?

3. Keadaan Pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat. Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tok Guru dari segi:

a) Kemewahan hidup para pemimpin

b) Kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap

c) Pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender

d) Lain-lain perkara yang sepatutnya dipantau PAS Pusat.

Sekian, Saudara mu seagama,seperjuangan dan separti.

Husam Musa
YDP PAS Kubang Kerian
6.05 petang,
25 Ogos 2015 bersamaan
10 Zulkaedah 1436 H.

Tiada ulasan: