"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Surat penamatan sebagai pemberi kuliah di surau yang dikuasai pimpinan tempatan Pas

Dungun
Sepanjang 7 tahun tinggal di sini saya menghabiskan setiap Isnin malam Selasa di Surau Darus Salam Paka memberi kuliah maghrib percuma.

Sebagai ahli selama 32 tahun dan bekas YB Pas, saya selalu nyatakan rasa hati ini kepada pimpinan bahawa Pas tidak boleh bersendirian menentang 14 parti komponen UMNO/BN untuk merealisasikan agenda hudud. Samada bersama Pakatan Harapan atau bersama UMNO.

Mungkin, justeru pandangan berbeza ini, saya menerima kecaman segelintir jamaah. Sesetengahnya tidak ikut ketika saya menjadi imam solat. Hari ini saya menerima surat penamatan sebagai pemberi kuliah di surau yang sememangnya dikuasai pimpinan tempatan Pas ini.

"Kafirkah aku?" Sangsi hati ini. Ah, tidak. Kita cuma berbeza pandangan!

3 ulasan:

Abdul Said berkata...

Memang hebat surau ini. Mereka berasa SUKACITA menyampaikan berita ini kepada ustaz berkenaan. Ingatkan orang UMNO sahaja macam ini. Orang PAS pun sama juga. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit Allah s.w.t. menampakkan kepada kita wajah huduh pimpinan PAS yang sebenar.

oranqtua berkata...

ini lah sebenarnya wajah geng_geng ustaz hijau. Rendahnya akhlak dan di hati penuh dendam membara

ramboo-t berkata...

Sbg seorang yg ada ilmu agama(ustaz)seharusnya bersama ulamak itu menjadi keutamaan bbdg bersama dap atau pakatan..very simple.